Saturday, December 29, 2007

Semoga ALlah permudahkan emak

Hari ini cikgu pergi kerja, tinggalkan mak malam tadi kerana kena kerja pagi ni. Esok patutnya kena kerja lagi. Tapi malam ni, adikcikgu beritahu, emak mertua cikgu dah takde respond lagi pada panggilan. Tak gerak langsung. Semoga Allah selamatkan emak. Cikgu masih ingat waktu cikgu sakit dulu, masa tu anak cikgu baru seorang. Suami pulak sambung belajar di Selangor. Emak mertua cikgu yang bela cikgu. Masakkan bubur nasi, suapkan. Sapukan minyak dan macam2 lagi. Tiap kali cikgu bersalin pun, emak ni jugak lah yang sampai ke hospital dulu walaupun dia hanya tahu naik bas aja. Cikgu sangat sayangkan dia, mak kandung cikgu sendiri dah takde lagi di dunia. Tinggal emak yang ni saja.....


Mak jatuh Sakit lagi

3 hari lepas, mak mertua cikgu jatuh sakit lagi. Sekali ni tak dapat bangun, tak bercakap dan tak bermaya langsung. Anehnya, bila waktu solat, dia bersungguh membaca di dalam solatnya. Semoga Allah permudahkan hidupmu ibu....

Wednesday, December 19, 2007

Hari yang membahagiakan

Salam.
Hari ni 9 zulhijjah. Seperti biasa, cikgu pergi sekolah petang tadi. Siapkan kerja membuat buku panduan guru tahun 2008. Alhamdulillah, cikgu ada pembantu tadbir yang baik di sekolah. Allah sahaja yang membalas jasa mereka menolong cikgu. Walaupun esok hari raya dan kawan2 sekerja yang lain semua dah balik awal untuk buat persediaan raya, mereka tunggu cikgu sampai kerjacikgu siap. Cikgu takkan lupakan mereka.

Walaupun cikgu balik lewat hari ini, hati cikgu rasa bahagia...
Terima kasih kat mereka.
Alhamduliiah, terima kasih ALlah kerana beri cikgu rakan kerja seperti mereka.

E-Kamus-Malaysia

Monday, December 17, 2007

Haji itu Arafah!

Salam semua,
Hari ini selepas waktu zuhur tadi, semua jemaah haji bertolak ke Arafah untuk menunaikan fardhu Haji. Bila teringat penngalaman manis, naik bas ramai2, sungguh meriah perjalanan ke Arafah. Sesuatu yang dirindui dan tak tahu bila lagi mungkin dapat cikgu nikmati pengalaman manis seperti itu lagi.

Gambaran Mekah yang sibuk, manusia tidak mengira bangsa dan negara asalnya, asal sahaja menyembah Allah swt yang Esa, di satukan di padang luas, bersekali. Masing2 mengharapkan maghfirah dari Allah. Teringat lagi, kami beramai2 mengheret beg roda di atas pasir Arafah. Allahyarhamah Wak Yah yang menaiki kerusi roda ditolak ke kemahnya penuh kesabaran. Di sana kami sungguh berhati2 agar tidak melanggar peraturan2 yang ditetapkan. Hati2 menjaga aurat jangan sampai dilihat lelaki bukan mahram.

"Ya Allah! Ampuni lah dosa kami, kalau kami berbuat salah sesudah kami bertaubat di sana. Lapangkanlah rezeki kami agar kami dapat menunaikan haji sekali lagi, haji mabrur! Sahabat2 ku yang telah pun tiba di sana, semoaga Allah menerima amal kita bersama".

Salam......

Sunday, December 16, 2007

Duit habis macam air.....!

Salam semua,

Tadi ajak anak2 pergi shopping. Belanja baju sekolah baru, beg sekolah baru, alat tulis baru. Macam2 semuanya nak yang baru. Dalam hati cikgu mengharap, mudah2an dengan barang2 yang baru anak2 cikgu akan bersemangat baru bila naik sekolah nanti. Bukan lama pun lagi, sedar tak sedar, cuti tinggal dua minggu lebih saja lagi.

Macam mana pun berbelanja, janganlah tak singgah kedai buku. Walaupun cikgu suka anak2 beli buku berbanding benda lain, sakit jugak bila melihat yang dipilih hanyalah komik belaka. ada macam2 buku yang menarik, tapi komik naruto juga jadi pilihan. Jadi apa kata, hari ini masuk kedai buku, pilih alat tulis sahaja. He he.... tak dapat beli komik. Puas hati?

Kalau ada sesiapa nak beli buku yang baik2, lawatilah halaman berikut:

http://adikbijak.com/ref.plx?MJ00429

Da.....

Saturday, December 15, 2007

I'm not Stupid

Malam Tadi cikgu tengok cerita I'm not Stupid 2. Ntah bila cerita I'm not stupid 1 di tayangkan cikgu pun tak tau. Mula2 tu tengok kejap2 sambil tengok channel lain, tapi lama2 best pulak.

Banyak sungguh pengajaran. No 1 yang cikgu dapat, "semua budak boleh diajar". Cerah dan terang masa depan terasa. Cikgu teringat anak2 dan anak murid cikgu yang kat sekolah. Jadi cikgu janganlah marah2 aje. Semua anak murid tu unik, masing2 ada cerita di sebalik rupa mereka yang dah memang pelbagai. Ada banyak sebab musabab untuk seseorang mempunyai sifat yang berbeza. Nak kena study tu. Kesian ... Tak taulah orang lain rasa macam mana, tapi cikgu rasa tu cerita paling best cikgu tengok sepanjang minggu ni.

Thursday, December 13, 2007

anak patung muslimah

ingin membeli anak patung bertudung klik disini

Cuti pun pergi sekolah?


Dulu mulu-mula jadi cikgu, semua orang kata cikgu lah paling beruntung. Kerja tak banyak. Cuti banyak-banyak. Memanglah, bunyinya cuti banyak. Kalau kerjaya cikgu tu tak diberi cuti yang panjang, agaknya makin penuhlah hospital2 dek cikgu aje.

Bukan senang mendidik hati. Kalau setakat habiskan sukatan, kacanglah beb!

Tapi cikgu terus nak jadi cikgu lah akhirnya, kalau sampai umur sampai pencen. Sebabnya,
Inilah kerja ku, inilah amalku.
Matinya anak Adam itu kan, akan meninggalkan semuanya kecuali 3 perkara. Antaranya adalah ilmu yang dimenafaatkan. So, murid2 cikgu semua, amalkan tau apa uyang cikgu ajarkan. Kalau tak buat hari ini, esok pun jadilah. AMalkan dan ajarkan kepada yang lain2.....

(Kiralah ... ada berapa ekor kuda dalam gambar ni?)

E-Kamus-Malaysia

Tuesday, December 11, 2007

Khusyuk solat?

Antara cara untu khusyuk dalam solat adalah memahami apa yang dibaca dan disebut dalam soalat. Maknanya kenalah faham bahasa arab.


Demi Matahari

Loading...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.