Monday, January 28, 2008

Cikgu baru

1 Januari lepas, sekolah cikgu dapat 7 orang cikgu baru. Cikgu kena pergi jemput mereka dari sebuah dewan sekolah untuk dibawa balik ke sekolah. Kena tolong mereka dapatkan rumah sewa dan kalau mereka tak berduit, kena juga cari jalan tolong selesaikan masalahmereka.

Alhamdulillah, cikgu rasa mereka untung sangat. Macam nilah, profesion keguruan semakin baik dimertabatkan. Mudah2an mereka menjadi guru yang jauh lebih baik daripada cikgu zaman dulu. Maklumlah, nak tahu gaji permulaan jadi cikgu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda? PhoooooH! Campur elaun,lebih kurang RM2500.....ish ish ish...jangan nak jadi cikgu sebab mata duitan dong!


Tuesday, January 8, 2008

Hidup Mesti diteruskan

Hari ini cikgu mengajar anak cikgu yang kedua buat pertama kalinya sebagai seorang guru formal di sekolah. Sebelum itu cikgu turut mengajar anak cikgu yang sulung subjek math for form 5. Subhanallah, seronoknya. Allah Maha mengetahui betapa puasnya dapat mengajar anak sendiri. Alhamdulillah....


Mak dah tak ada lagi

Salam semua,
Setelah berpenat lelah, turun naik nafas, akhirnya emak mertua cikgu menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi ahad yang lalu, 30 Dis 2007 setelah ditinggalkan oleh aruah abah sejak september 2006. Cikgu dan keluarga terpaksa akur dengan kehendak Allah swt. Sesungguhnya semua yang hidup pasti akan mati. Al Fatihah untuk emak tersayang.

Demi Matahari

Loading...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.