Saturday, May 24, 2008

Cuti Sekolah Lagi

Hari ni hari pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Belum pun lama, cikgu tengok jiran2 sebelah rumah dah gabrah, apa cara nak layan anak2 yang sentiasa ada di rumah dan tak pergi2 sekolah selama dua minggu. Ha, baru tahu ke? Yang cikgu hadap hari2 anak2 tuan puan lebih kurang 200 hari setahun, tak ke pening melampau!

Kadang2 geli hati jugak. Kalau anak suka merayau, hantar kat sekolah. Kalau anak suka pergi cc tak balik2 rumah, mak bapak telepon sekolah, tanya kenapa tak buat kelas tambahan supaya anak dia orang selamat kat sekolah. Ada juga rasa macam jadi baby sitter kalau jadi cikgu ni. and kalau cuti anak tak pergi sekolah, mak bapak pening!!! oh, come on lah, give them a break. Bawak lah anak2 pergi cuti. Jangan asyik suruh gi sekolah je. Biarlah dia orang enjoy serba sedikit zaman remaja. Jangan rampas zaman remaja budak2 ni. After all periksa tu sikit je, kesian anak cikgu yang darjah 6 tu, sekolah 7 hari seminggu. exam nya keluar 40 soalan je, belajar macam nak mati. Aduh!

Anak2 ku, nak main tembak2 masa cuti ni? Jom! Ummi nak join!

Demi Matahari

Loading...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.