Wednesday, December 30, 2009

Dahsyatnya Doa Ibu

Seronoknya apabila berpeluang membeli buku baru. Antaranya bertajuk 'Dahsyatnya Doa Ibu', tajuk sahaja sudah dahsyat kan!

Buku ini menerangkan tentang kedahsyatan dan kehebatan doa seorang ibu, tanpa mengira siapakah dia. Termasuk mengisahkan beberapa bukti kedahsyatan dengan kisah benar yang telah berlaku dalam sejarah manusia. Di awal buku diterangkan tentang faedah berdoa yang antaranya adalah :

1. Berdoa adalah ibadah. Dijelaskan di dalam surah al Mukminun ayat 60 yang bermaksud.
"Tuhanmu barkata, Berdoalah kepada Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu".

2. Berdoa mendekatkan diri kita kepada ALlah. Dengannya kita merasakan kita memerlukan ALlah dan merasa hina di hadapanNya. Sebaliknya orang yang enggan berdoa adalah orang yang sombong di hadapan Allah.

Surah al Mukminun ayat 60 seterusnya menjelaskan,

"Sesungguhnya orang-orang yang sombong dan enggan menyembah Ku, kelak masuk neraka jahannam di dalam keadaan hina dina"

3. Berdoa adalah zikir. Berzikir dengan mulut atau pun di dalam hati menjadikan jiwa tenang serta tenteram.
Surah al Ra'd ayat 8 bermaksud,

"Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah, hati menjadi tenang".


..................................................bacalah buku ni..............................

Monday, December 28, 2009

Cuti Dah Habis?

Hari ini bermula lah siri mesyuarat yang berpanjangan selama 4 hari berturut2. Subhanallah, Allah Maha mengetahui kemampuan hambaNya.

Minggu ini tentu minggu yang sibuk. Semua pakaian dan keperluan persekolahan mesti disiapkan pada minggu ini juga. Tahun hadapan, anak cikgu yang ke 2 akan menghadapi SPM. Anak ketiga berpindah sekolah untuk mengambil matapelajaran Bahasa Arab dan Al Quran(semoga cita2nya nak menjadi al Hafiz akan berjaya). Anak bongsu pula, sehari2an tadi mencuba kasut. Yang satu putih(baru), yang satu hitam(lama). Daripada pukul 4 tadi, dia asyik menggayakan kasut, dengan pelbagai rupa ikatan tali, sekejap kasut putih tali hitam, sekejap kasut hitam dengan tali putih. Kadang2 rasa geli hati juga. Agaknya dah tak sabar nak naik sekolah.

Cikgu pula, tak habis2 dengan persiapan untuk menghadapi P&P di tahun baru. Hari isnin 4 Januari, Sdary akan dilawati Nazir. Dengarnya dari Kementerian Pelajaran. Banyaklah nak kena sedia. Al maklum..... Sekali kalau pergi sekolah, macam dah tak boleh balik.

So, cuti tahun ni kiranya dah habis.....


Thursday, December 24, 2009

Janganlah anakku rasa terkilan

Seperti dikatakan dalam post malam tadi, hari ni result PMR dah pun keluar. Syukur lillah, keputusan meningkat. Walaupun peningkatan % tidak ketara, ETR utk GPS (Gred Purata Sekolah) telah pun tercapai. Janganlah nak banding dgn sekolah yang baik2. Alhamdulillah, dapatlah mendahului sekolah yang berada di sekitar, yang satu zon.

Anak2 yang dapat 7A 1B ada 7 orang, seorang dapat 6A 1B dan seorang lagi dapat 6A 2B. Terbilang lah tu. Masih boleh dikira dengan jari, masih boleh dibilanglah tu. Ha3.

Ooooo...cikgu nak sedapkan hatilah tu. Kesian tengok anak2 menangis bila tak dapat straight A. Sebab tu semalam cikgu pesan kat Amir Syafiq, salah seorang yang dijangka dapat 8A. Dah usaha, dah tawakkal, sekarang dah tiba masa untuk redha. Masa depan masih jauh lagi. Ada pelajar yang langsung tak dapat satu pun A, tapi dalam SPM keputusannya cemerlang. Kita tak boleh buat apa2 dengan masa yang dah lalu, tapi tentu kita dapat mulakan sesuatu yang lebih baik mulai hari ini. We can always begin a new story...right?

Jadi, anak2 jangan terkilan. Bisikan penyesalan daripada syaitan jangan dilayan. Tapi kalau dapat ilham untuk baiki strategi belajar, tebus kekalahan hari ini, layanlah sepenuhnya. Datanglah kepada cikgu untuk dapatkan sokongan. Insyaallah, satu hari nanti Allah akan sampaikan hajat anak2.

Tahniah, anak2 sebenarnya telah pun berjaya. Tempuhlah masa depan dengan penambah baikan dari masa ke semasa. Cikgu saaaaayang kamu!

Hari ni Result PMR Keluar

Alhamdulillah, masa dinanti atelah tiba, sekejap lagi cikgu nak pergi PPD JB untuk ambil result PMR pelajar SDARY. Apalah yang diperolehi anak2 ini. Suspend juga. Apa2 pun, mudah2an yang terbaik sahaja. Allah Maha Mengetahui, cikgu dah berusaha. Kalau dapat yang bai, semoga menjadi lebih beriman dan syukur kepadaNya. Kalau kurang memuaskan, usahalah lagi.

Anak2, dah usaha, dah tawakkal, Redhalah kepada ketentuan Allah swt. Apa pun yang kamu dapat, cikgu tetap sayangkan kamu.

Wednesday, December 23, 2009

Ya ALlah, berikan aku kesempatan

Banyaknya nak share dalam post hari ni. Maklum dah begitu lama tak update. Nak masukkan gambar jalan2 hari tu pun tak sempat.

Hidup akhir2 ni begitu sibuk. Lagi beberapa hari sahaja sekolah nak dibuka. Sejak balik summer camp, anak ke 3 cikgu, begitu teruja nak masuk sekolah tahfiz. Setakat ni dah tanya, beberapa sekolah. Terasa macam keseorangan dalam beria2 menyampaikan hajat anak yang murni ini. Untuk masuk ke sekolah swasta yang baik di JB ni, Syamil boleh masuk. Tapi dgn hasil ujian hari tu, dia cuma boleh diterima jika ulang tingkatan 1. Ayahnya tak setuju pulak. Ya Allah....

Nak masuk sekolah swasta lain, begitu tak convincing. Rakan2 yang dah ada pengalaman, memberikan pelbagai pandangan. Terima kasih atas keperihatinan rakan2 semua. Tapi dengan kesibukan yang melanda, tak sempatlah pulak cikgu nak pergi teroka semua sekolah swasta. Sekarang ada satu lagi option, cikgu usahakan untuk dia ikuti aliran arab di sekolah kerajaan. Walaupun dah terlepas satu tahun, mudah2an usaha ini dapat membuka jalan untuknya meneruskan pengajian dalam bidang agama yang dicita2kan. Tolong kawan2, doakanlah....

Rasa sedih melihat kebimbangan anak ini. 'Dapat kah tidak aku masuk sekolah lain ni?', tertulis didahinya. Aduh. Cikgu cukup tak senang selagi hal ni tak selesai....

Ya ALlah, Kau teruslah buka hati anakku untuk jalan MU ini Ya ALlah. Jangan biarkan dia kecewa. Pimpinlah dia, permudahkanlah dia. Terangkan hatinya ya Allah. Makbulkanlah doanya, sempurnakanlah hajatnya. Aku persembahkan anakku untuk berjuang dijalan Mu...Berikanlah peluang ini kepadanya.... AMin

Wednesday, December 9, 2009

Summer Camp @ Tengkujuh Camp

Nampaknya seorang saje anak yang dah tak sabar2 nak ke Summer Camp di Mappetra mulai 11 Dis dampai 13 Dis ni. Lagi 2 orang tu cool aje, tak kesah langsung! Apa cara ya, nak bagi mereka berdua tu sama rancak dan sama2 excited macam adik yang kecik sorang ni?

Pening memang pening nak rancang aktiviti cuti sekolah. Kalau dulu2 rasanya emak ayah tak payah fikir pun tentang mengisi cuti sekolah, automatik dah tau apa nak dibuat. Paling2 tidak pun pergi ke kebun, kerjakan pokok ubi, tebas menebas,memancing dsb...semuanya dilakukan di depan rumah saja. Tak perlu belanja, tak perlu bekal...kalau lapar bakar lah ubi sambil memerun rumput dan daun kering. Minum pun, ambik air perigi. Bersih dan suci. Ya Allah, cikgu miss betul 'those days'. Paling miss sebenarnya ialah aruah mak. Rindunya Ya Allah.....

Sekarang, kalau nak beri anak2 pengalaman yang serupa, banyak pula belanjanya. Semua kebun ubi dah lenyap, sungai depan rumah dah dibenteng simen. Pokok rambutan dah tinggal dua tiga batang sahaja, Di bawahnya terdapat pulak penuh rumah setinggan. Tiada lagi ruang bercucuk tanam. Nak mandi manda kena ke kolam renang. Semuanya berbayar. Nak yang lain2 tu kena ke kampung. Orang ada kampung ok lah...Orang yang lahir dan membesar di kg yang dah bertukar jadi bandaraya ni nak buat macam mana ya?

Jadi, jangan tak jadi, akhirnya cikgu daftarkan anak2 untuk ikuti 'Summer Camp' atau mungkin 'Tengkujuh Camp' di Mappetra. Dah 3 tahun teringin nak hantar mereka, sekali ni harap2 menjadi sungguh. Cikgu doa2, biarlah program ni serasi dengan ketiga2 anak yang nak sertainya ini. Pelan, barang nak dibawa, susunan program semuanya dah dapat. Nampak macam bagus ...maklum dengan didikan Dato Dr Hasan Ali.

Ya ALlah, bukakanlah hati anak2ku, lembutkan hati mereka, terangkan hati mereka, pimpinlah mereka ke jalan yang benar. Jauhkanlah mereka dari mara bahaya, luruskanlah mereka di atas jalanMu. Ampunilah segala dosa mereka dan jadikanlah mereka anak2 yang soleh yang sentiasa tunduk dan taat kepada Mu ya ALlah. Amin...

Tuesday, December 1, 2009

Teka Silang Kata - Jangan Biarkan Otak Men'dungu'

Cuti sekolah ni ada baiknya kalau kita buat aktiviti ringan yang boleh menajamkan fikiran. Apabila bercuti dan lama tidak membuka buku pelajaran, otak akan menjadi lembap dan dungu. Jangan biarkan ini berlaku. Buatlah aktiviti yang mencabar fikiran seperti menjawab teka silang kata.

Ada teka silang kata yang menarik boleh didapati secara online. Cubalah di sini. Yang penting.....jangan biarkan otak anda menjadi dungu!!!!

Monday, November 30, 2009

Ummi seorang sahaja perempuan....

Semalam, 29 Nov 09, cikgu sekeluarga pergi menghantar anakanda sulung pulang ke asrama di KMJ. Sekejap je cuti dah habis. Kesian anakanda, ummi dia tak bekalkan makanan melainkan makanan kering(hasil shopping di Giant baru- Nusa Bestari). Kalau tak cukup tak tahulah. Lepas hantar anak sulung, pergi pula ke BPahat, hantar anak bungsu ke rumah makcik dia. Cuti2 ni macam kena balik asrama jugaklah. Dah teringin ikut Mak Busu dia, biarlah.

So, selepas tidor semalam di BP, pagi2 ni cikgu balik JB bersama suami dan dua anak bujang. Terasa lapang jugaklah kereta. 3 lelaki dan 1 perempuan. Hah! cikgu sorang je perempuan yang tinggal di rumah? Barulah nak perasan. Belum pun berapa jam, Syaffa dah telefon dari BP, ingatkan nak suruh ambik balik, nasib baik tidak. Alhamdulillah...

Penting jugak rasanya sesekali biarkan anak berpisah dengan ibu. Bukannya apa, sekadar melatih. Esok2 bila kena berpisah betul2, taklah terasa kehilangan sangat. Rasa 'memunya' terhadap anak2 memang kena dikikis sedikit demi sedikit. Sesungguhnya anak2 semuanya anugerah yang Allah pinjamkan kepada ibu bapa, hanya dipinjamkan. Pemilik sebenarnya mempunyai hak penuh kepada anak yang dipinjamkan itu. Bila2 Dia nak mengambilnya kembali, tentu ibu bapa tiada daya menahannya.

Sebagai peringatan, oleh kerana anak itu bukan milik ibu bapa, dalam mendidiknya tentulah ibu bapa perlu mendidik mengikut kehendak Tuhan yang memilikinya sepenuh hak. Kalau salah didikan, ibu bapa bakal didakwa dikemudian hari. Rasa seram jugak, banyak masa terlalai mendidik. Semoga ketika ada ruang berjauhan ini cikgu dapat muhasabah diri. Dapat melihat dalaman diri, apa yang dah dibuat dan apa yang belum. Banyaknya yang belum. Astaghfirullah, semoga Allah mengampuniku....

Thursday, November 19, 2009

Ibu bapa dah mula pening....toing toing toing!

Cuti sekolah dah pun bermula untuk negeri-negeri yang bercuti pada jumaat. Dan esok adalah hari terakhir persekolahan bagi penggal ini di sekolah cikgu. Pelajar tingkatan 4 masih bersekolah walaupun bilangan pelajar yang hadir semakin berkurang. Ramai orang berkata....mengapa sekolah lagi? Anak cikgu yang di tingkatan 4 pun mengeluh kerana esok masih perlu bersekolah.

Kalau bercuti terlalu panjang pun bukannya seronok. Pertamanya yang paling tak seronok ialah kerana tak dapat berjumpa ramai kawan. Kebanyakan pelajar ke sekolah hanya untuk bersosial, bukan nak belajar sangat. Betul tak pelajar?

So, cikgu pesan anak cikgu, pergi lah ke sekolah selagi dibenarkan ke sekolah. Akan tiba waktunya , kamu takkan perlu ke sekolah lagi, Ketika itu, kamu akan merindui zaman persekolahan. Jadi esok, dia akan tetap ke sekolah. Paling tidak, dia akan mendapat keberkatan kerana esok....cikgu buat program GOTONG ROYONG. Yes!!!

Lepas tu bolehlah merancang cuti. Agar cuti ini bermanafaat, cikgu sertakan di sini tips untuk memenafaatkan cuti yang cikgu dapat daripada 'Buletin Perlindungan Pengguna, Nov 2001, ms 11-12'

'SELAMAT BERCUTI'

Antara tips memanfaatkan musim cuti sekolah anak-anak :-

  • Lakukan aktiviti bercorak keluarga seperti berjalan-jalan, jogging, berkebun, mengajar memasak dan bertukang kayu.

  • Bawa keluarga melancong dalam negeri. Lawatlah temapt-tempat yang menarik di seluruh negara bersama anak-anak. Kalau anda kurang mampu, bawalah anak-anak berkelah ditepi pantai atau taman rekreasi.

  • Bersukan atau bermain bersama anak-anak. Ajar anak-anak permainan tradisional.

  • Menonton bersama anak-anak. Apabila menonton televisyen bersama, bincang dengan anak-anak rancangan yang ditonton serta iklan-iklan yang disiarkan.

  • Makan bersama semua ahli keluarga. Ahli-ahli keluarga berpeluang menjalinkan kemesraan pada waktu makan.

  • Kalau ada perpustakaan awam yang berhampiran anda, bawalah anak-anak ke sana dan tanamkan tabiat membaca

  • Kalau anda mempunyai kemudahan internet di rumah, jelajahlah dunia maklumat bersama anak-anak.

  • Menggalakkan anak-anak mengasah bakat mereka dengan menghadiri kelas tarian, kelas vokal, kelas muzik dan kelas drama

  • Menggalakkan anak-anak menghadiri aktiviti-aktiviti sihat seperti kelas bela diri, sukan dan permainan, kembara dan lawatan


Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menghadapi SPM anak-anakku





Cikgu ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan SPM kepada semua anak cikgu walau di mana pun mereka bersekolah, di SDARY, di SETA, di EC, di TASEK UTARA dan dimana-mana jua. Semoga mendapat ketenangan dan idea yang bernas ketika menjawab peperiksaan yang bermula esok.

Untuk anak-anak SDARY, berusahalah bersungguh-sungguh agar sentiasa "MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA".


Sunday, November 8, 2009

Iktibar daripada al Quran. Bukalah Hatimu....


Macam dah ketinggalan saja Cikgu ni. Baru dapat tinjau2 blog orang yang banyak ilmunya, barulah dapat baca dan celik mata. Nak share? Bacalah

1. Gempa bumi yang berlaku di Padang dan Jambi Sumatera pada 30 september dan 1 oktober baru - baru ini cukup memilukan .

2. Kemusnahan dan kebinasaan akibat gempa bumi yang dahsyat ini sukar untuk dianggar . Musnah harta benda dan binasa segala nyawa .

3. Namun peristiwa sedemikian tidaklah berlaku secara spontan atau hanya fenomena alam sebagaimana yang sering diungkapkan oleh mereka yang tidak beriman kepada Qadha' dan Qadar Allah swt .

Nak beri siapa makanan ni?


Syukur lillah. Hari ini Cikgu dapat kesempatan duduk di rumah. Menyidai kain, melipat, masak memasak, kemas mengemas...ye lah mak sepenuh masa hanya di hujung minggu. Kesian..

Tadi semasa melipat kain, sambil2 menonton tv. Agaknya sebab dah lama tak menonton apa2 rancangan, terasa terkesan sungguh dengan cerita tadi. Yang terkesannya ialah bab seorang ibu yang kena buang kerja sebagai seorang 'cleaner'. Ada anak seorang aje, tapi bila nak makan, betul2 tak ada duit. Beras habis, lauk takde, isyk!. Kena pulak takde sedara mara, duduk bandar kat rumah flat. Apa nak di 'ketiau'kan. Aduh, watak tu, buntu sungguh2.

Cikgu pun termenung jugaklah. Lihat di dapur, ada banyak makanan. Agaknya, kalau nak makan seminggu pun tak habis. Bukan lauk banyak. Tapi setidak2nya adalah beras, ikan sardin buat emergency, telur ayam, nuggets, ada jugak mee hoon, mee segera dll. Waduh! terasa macam mewah pulak. Kesiannya, ada orang memang tak ada apa2 utk dimakan hari ni. Ya Allah, terima kasih atas rezeki yang limpahkan kepada aku sekeluarga. Semoga Allah terus meluaskan rezeki kami. Sikit2 dalam hati terasa bersalah jugaklah. Bulan2 tak ramadhan ni, amalan sedeqah kurang rancak. Sendiri mau taulah, dah berapa banyak sedeqah kat orang....Ya Allah, sentiasalah lapangkan hatiku untuk memberi.

Monday, November 2, 2009

Semoga Semuanya Selamat






Hari ini seorang sahabat Cikgu menjalani pembedahan tulang belakang setelah mengalami 'slip disk' selama beberapa bulan.
Beliau adalah sahabat yang mula-mula mengajar cikgu bagaimana melaksanakan umrah secara praktikal.

Ketika menunaikan umrah kali pertama pada tahun 2004, Cikgu sekeluarga bertemu Hj Hashim dan Hjh Hafiza sekeluarga di tanah suci Mekah. Kami sampai ke Baitullah pada waktu malam. Hj Hashimlah yang mengajak kami semua menunaikan umrah dan bertahallul sebelum subuh hari itu. Sungguh manis pengalaman melaksanakan umrah pada kali pertama. Sehingga ke hari ini, keluarga Hj Hashim menjadi sahabat keluarga Cikgu.

Hj Hashim dan isteri berniaga nasi lemak di Kulai. Kedainya di rumah sendiri dan diberikan nama Yellow Corner. Sungguh special nasi lemak ni. Paling special ialah sambal tumis dan ayam gorengnya. Sesekali kalau ke Kulai, carilah kedai Hj Hashim ni. Takkan menyesal. Cuma, beliau hanya membuka kedai, selepas solat maghrib.

Mudah2an hari ini Hjh selamat dibedah. Semasa cikgu call tadi, Hj Hashim masih di dalam perjalanan ke Hospital Pakar Puteri. Dr kata, pukul 9.00 mlm tadi baru Hjh dijangka akan sedar setelah 8 jam melalui pembedahan. Cikgu doakan beliau selamat. Semoga cepat sembuh. Insyaallah, jika kelapangan, esok cikgu usahakan menjenguknya.

Kita semua doakan sama2 ya!


Sunday, November 1, 2009

Ubat Hati


Ubat hati ada 5 perkaranya :
Yang pertama - Baca Quran dan maknanya
Yang Kedua - Solat malam dirikanlah
Yang Ketiga - Berkumpullah dengan orang Soleh
Yang Keempat - Perbanyakkan berpuasa
Yang kelima - Zikir malam berpanjangan

Mana-mana yang sedang sakit hati, dapatkanlah ubat yang 5 di atas. Insyaallah segalanya akan beransur baik.

Apa kabar semua?

Salam,
PMR telah pun selesai, SPM tinggal beberapa hari lagi. Kehidupan cikgu menjelang hujung sesi persekolahan nampaknya semakin huru hara. Mana tidaknya. Seminggu dua ini sangat sibuk membuat ulangkaji dengan pelajar SPM, mengambil alih tugas seorang guru kimia yang sakit. Alhamdulillah kerja itu sangat menyeronokkan walaupun ianya menjadikan cikgu sibuk. Asalkan dapat mengajar dan mendapat kepuasan. Cikgu rela.

Yang tak seronoknya membuat kerja2 perkeranian. Mengurus fail2 dan dokumen, gara2 akan didatangi oleh juruaudit. Kononnya untuk melihat sejauh mana perlaksanaan SPSK berlangsung di Sekolah cikgulah. Aduh, memang huru hara. Pertama cikgu terpaksa menghuru harakan cikgu2 yang lain. Kedua, tentu cikgu sendiri yang huru hara. Ha ha ha, padan muka saya!!!

Bagaimana pun 'life goes on'. Cikgu tidak peduli. Jika setiap hari, kita semua mengambil kira bahawa kita sentiasa dipantau oleh DIA Yang Maha Kuasa, maka tak perlu risau pandangan makhluk yang lain. Janjinya, jagalah nilai mengikut pandangan ALLAH, yang lain pasti BERES!

Tuesday, September 22, 2009

Boleh tak saya lupakan kamu.....barang sebentar

Entah kenapa, walaupun sedang beraya, hati cikgu berdebar-debar setiap hari. Asyik teringat kepada anak2 PMR yang sedang syoook beraya agaknya. Dalam hati tertanya-tanya... adakah anak murid cikgu ni belajar? Buatkah mereka latihan yang cikgu beri? Ingatkah mereka hari apa PMR bermula? Masih ingatkan perkara yang telah mereka pelajari sebelum raya?

Ya Allah, tak bolehkan aku melupakan mereka barang sebentar? Semoga Engkau Ya Allah, sentiasa melindungi mereka, tetapkan mereka di jalan Mu, peringatkan mereka dengan matlamat hidup yang jelas, berikan kekuatan kepada mereka untuk berjuang di bidang mereka. Semoga apabila mereka dewasa, mereka akan menjadi penegak Deen Mu di alam ini.

Amin.

Hari Keluarga Kali ke 18

Sambutan Eidil Fitri bagi keluarga cikgu tidak sempurna sekiranya tidak disertai dengan Hari keluarga pada hari raya ke 2. Semalam, keluarga cikgu dapat mengumpulkan seramai lebih kurang 300 hadirin untuk majlis itu yang diadakan di Rumah Limas Yayasan Warisan Johor, Jalan Mariamah JB.

Majlis dimulakan dengan bacaan yaasin dan tahlil aruah, doa majlis (oleh Mohd Syamil-anak cikgu yang ke 3), ucapan Pengerusi Sambutan, Pak Long (Hj Baharudin - abang cikgu yang sulung),Ucapan Pemegang Amanah keluarga Tok Tarom oleh Dato Hj Khairi Hj Mohammad(ayah saudara cikgu), tazkirah ringkas oleh Pak Uteh (Mohd Hisham - adik cikgu) dan kemudian selawat Badriyah yang disertai dengan pembahagian duit raya kepada semua anak dan remaja yang hadir. tak kiralah berapa duit yang mereka dapat, yang pentingnya setiap rezeki diberikan dengan keikhlasan dan diterima dengan penuh kesyukuran.

Firman Allah bermaksud,

"Sekiranya kamu bersyukur, nescaya akan Aku tambahkan lagi bagimu"


“And when your Lord proclaimed, “If you give thanks, I will give you more; but if you are thankless, lo! My punishment is dire.” (Quran 14:7)

Paling best adalah makan tengahari disediakan di dalam dulang. Kata orang Jawa, makan Nasi 'Ambeng', tapi taklah menimbun banyaknya macam kat kampong-kampong. Kami juga dihidangkan dengan pelbagai kordial herba keluaran Hj Baharudin seperti Kordial Misai Kucing dan Mahkota Dewa, juga air panasnya Kopi mahkota Dewa....memang best! Cikgu dan suami menjadi juru acara majlis. Majlis diakhiri dengan acara bergambar beramai-ramai di depan Rumah Limas. Nantilah cikgu upload gambar bila cikgu dapat ya.

Ok, hari ni nak beraya dengan keluarga suami cikgu pulak, ke Kluanglah kita pergi. Jom jom jom!

Saturday, September 12, 2009

How much love you've given to your children?

I came across this nice video. It makes me think about my character, my responsibilities, my love and my children. Sometimes, we adults, do make mistakes. And many times the mistakes we make are greater than the mistakes of the children.


NSPCC from dorsumi on Vimeo.

Wednesday, September 9, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Amazing Mum

Dah dengar lagu Zain Bikha about amazing mum. Dengarlah...memang best!



Bulan Ramadhan dan tinggal beberapa hari sahaja lagi. Marilah kita semua memperbanyakkan sedekah. Berikan peluang kepada anak2 yang kehilangan ibu dan ayah menikmati keseronokan berhari raya seperti mana anak2 yang lain. Bantulah begitu ramai ibu2 tunggal menggembirakan anak2 mereka.
blogger-emoticon.blogspot.com

Tuesday, September 8, 2009

Beginikah kejadianku?

Subhanallah,
Anak-anak ku, juga anak-anak muridku, lihatlah bagaimana indahnya Allah menjadikan manusia sehingga ia lahir ke dunia ini. Semoga anak-anak sentiasa menjadi seorang yang taat dan patuh kepada Pencipta Yang Maha Agung.

Sunday, September 6, 2009

Kesian

Betul-betul menyedihkan. Dalam pada orang berebut beramal dan menghayati 15 hari terakhir Ramadhan, ada pula orang mengambil kesempatan dengan mencuri motor ahli jemaah di masjid. Memang mengaibkan sungguh kejadian ni. Semoga Allah menggerakkan hatinya untuk bertaubat dan memulangkan satu2nya kenderaan yang dimiliki oleh saudara kita. Baliklah mangsa berjalan kaki, berdua dengan anaknya dengan hati yang sedih, pedih dan marah juga agaknya.

Apa tugas kita? Mesti ada di kalangan kita orang yang menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kalau tidak, beginilah jadinya, tidak kan aman walau di sekitar rumah ibadah. Di dalam hati menusia yang melakukan kejahatan ini seperti tiada iman. Memang benar, ketika dia mencuri, hatinya kehilangan iman. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun. Barangkali inilah yang selalu dimaksudkan oleh banyak penceramah, mayat2 hidup. Nampak sahaja manusia ini hidup dan bernyawa, tetapi hatinya mati.

Semoga Allah memberi kesabaran kepada mangsa dan mengurniakan kepadanya rezeki yang lebih baik sebagai pengganti. Amin

Friday, September 4, 2009

Apa yang di cari dalam Ramadhan kali ini?


blogger-emoticon.blogspot.comDah setengah bulan Ramadhan berlalu, apa yang telah diperolehi sepanjang setengah bulan ini? Sedar tak sedar tak berapa hari lagi, Ramadhan bakal berakhir. Dapatkah kita peluang melalui Ramadhan sekali lagi pada tahun hadapan?

Oleh kerana masa hadapan tidak berada di dalam genggaman dan ketentuan kita sendiri, gunakanlah peluang sedia ada yang kita perolehi hari ini, di saat ini juga. Jangan tangguh2 lagi.

Kalau di bulan Ramadhan tahun lalu, kita kurang bersedekah, kali ini tambahkanlah sedekah. Kalau tahun lalu banyak makan, tahun ini kurangkanlah makan. Kalau tahun lalu kurang mengaji, solat terawikh dan solat tahajjud, banyakkanlah tahun ini. Biasanya apabila ramadhan dah berakhir barulah kita sedar bahawa kita telah terlepas satu peluang yang amat besar, iaitu mendapatkan kenikmatan dan rahmat MALAM SERIBU BULAN.

Mari kita terawikh. Jom...jom ...jom... sekarang juga.

Jumpa lagi lain kalli... daaaa.
blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

Yang pergi tetap kan pergi

Dalam bulan Syaaban yang lalu, cikgu mengalami satu peristiwa duka yang menyentuh hati. Mula-mula dengan berita anak saudara cikgu, yang tiba2 dimasukkan ke hospital kerana muntah2 dan sakit kepala yang amat sangat dan berlanjutan. Rupa2nya anakanda Mohd Syafiq mengalami ketumbuhan di dalam otak. Menurut Doktor, tumor tersebut berada di daerah yang begitu sulit untuk dicapai.

Rawatan beberapi hari melegakan dia. Dapat pulang ke rumah beberapa hari, kemudia Syafiq melemah. Tidak mengadu sakit lagi, tapi Syafiq terus lemah tidak bermaya. Ambulans didatangkan dan Syafiq dimasukkan ke HDU di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Sekali lagi perjalanan pergi dan balik diatur oleh ibu bapanya untuk menziarahi, memberi semangat, mengaji dan solat bersama. Tetapi pihak hospital menasihati ibu bapa supaya tidak menunggu Syafiq di hospital. Pelawat hanya dibenarkan masuk ketika waktu melawat tengahari dan petang. 2 orang pelawat untuk sekali masuk.

Syafiq anak yang baik. Tenang. Sesekali menitiskan aur mata kerinduan, ingin pulang ke rumah kerana rindukan kemesraan adik beradiknya. Akhirnya satu hari, Syafiq dibenarkan keluar ke wad biasa. Alhamdulillah, dia mula dapat bercakap kembali. Berbual ketika diziarahi. Melambai senyum dari jauh apabila melihat anak cikgu datang melawatnya. Hari Isnin berlalu, selasa, rabu dan khamis mengikutinya. Jumaat jam 11 lebih pagi, cikgu dikejutkan dengan berita Syafiq pulang ke rahmatullah di dalm tidurnya, semasa ibu dan abahnya di dalam perjalanan ke hospital.

Pergilah seorang anak, pada usia 13 tahun, iaitu menjelang ulang tahun kelahirannya(sabtu 1 Ogos). Syafiq tidak berpeluang menyambut Ramadhan. Namun, Syafiq telah kembali semasa kedua ibu bapanya masih hidup. Sentiasa didoakan, diampunkan segala dosanya. Semoga kamu anakku, mendapat tempat yang mulia di sisi Allah swt.

Untuk anak2 cikgu yang masih berada di sisi ibu dan bapa sekelian,
telah dijanjikan Allah, bahawa apabila datang ajal, tidak dapat dipercepatkan walau sesaat dan tidak juga dapat ditangguhkan walau sesaat jua. Semoga, anak2ku sentiasa menghargai waktu hidup yang diberikan oleh Allah. Nyatakanlah kasih sayang yang tersembunyi di balik hati, buktikan kasih sayangmu kepada orang tua semasa masing2 masih mengecap kehidupan. Agar kita tidak melepaskan peluang, nikmat dan rahmat terhadap usia.

Al Fatihah untuk yang pergi. Mohd Syafiq, kami semua menyayangimu.

Maryamah Karpov lah pulak

Alhamdulillah, masa Farhah cuti mid semester dia beli buku sambungan tetralogi Lasykar Pelangi. Buku ke 4 bertajuk Maryamah Karpov. Yang ni ambil masa sikitlah untuk khatam. Ia sampai ke tangan cikgu, semasa cikgu di dalam kesibukan. Bahkan tak menyempat nak buat post baru.

Memang Ikal dalam buku-bukunya, seorang yang sangat berkemahuan tinggi. Pendek kata apa sahaja yang dihajatinya akan dikerjakan bersungguh2. Kadang2 cikgu fikir, possible pulak perkara2 tu berlaku dalam hidupnya, bagaimana dia mampu ya? Itulah kehebatan orang yang mempunyai impian. Semua anak melayu patut baca buku ini. Memang tetralogi tulisan Andrea Hirata(akhirat atau Ikal) sangat menyentuh jiwa, bukan untuk menjadi penyedih tetapi menjadi pemberani. Syabas Ikal. 5 bintang untukmu.

Saturday, July 11, 2009

Selamat Hari Lahir Farhah

Untuk anak Ummi, yang lahir pada 14 Julai, 18 tahun yang lalu, Ummi ucap selamat Hari Lahir. Semoga hidupmu diberkati Allah sentiasa. Selamat Hari Lahir, Selamat Menghadapi Peperiksaan.

I have a few wishes, I wish you'll be a loving daughter, a loving sister to your siblings, and beloved by all other people around you. We are looking forward to meet you... Be good & Take Care.


Wednesday, June 24, 2009

Hafalan Solat Delisa

Alhamdulillah dah dapat beli buku Hafalan solat Delisa. Selepas habis baca buku-buku Lasykar Pelangi, Sang Pemimpi dan Edensor, terasa jiwa kosong tidak membaca. Buku2 macam ni memang best. Terasa nak belajar lagi, nak membina mimpi semula....

Saturday, June 6, 2009

Mandi manda di Starhill Golf Resort

Berakhir cuti sekolah selama seminggu, tapi cikgu tak juga bawa anak ke mana-mana. Anank bongsu, pada satu hari berkata, "Umi perasan tak?, kita takde pergi mana-mana pun cuti ni!". Macam lah Ummi tak prasan pulak. Pandai je anak cikgu ni. Macam2 cara nak buat orang kesian kat dia. Kata dia lagi, "kalau cuti tak pergi mana2, apa gunanya cuti? Baik pergi sekolah".

Jadi pagi tadi cikgu bawaklah anak2 pergi ke Starhill, dikatakan ada water theme park di sana. Phooh! Teruk cikgu kena hari ni, nak masuk, dewasa kena RM15.75, kanak2 kena RM10.25lah lebih kurangnya gitu. Bayangkanlah cuma sorang je dikira kanak2, yang lagi 3 tu apa hal? Kalau kira perilaku, memang sah kanak2. Tapi oleh kerana tembam dan bosar2 belaka, umur lak lebih 12 tahun, sahlah dikira dewasa. Walaupun dulu, umur 17 tahun masih layak menerima pingat kanak2, tetap dikira dewasa. Huhu... Kenalah bayar RM72 semuanya. Apa nak buat, tu kira macam duit minyak dan duit tol ganti jalan jauhlah...

Tak kira berapa bayarannya, asalkan anak2 happy...

Wednesday, June 3, 2009

Bidadari-bidadari Syurga

Alhamdulillah, terasa lega betul Hari ini tamat lagi satu pembacaan. Dalam tempoh dua minggu ini cikgu sudah habiskan 3 buku.
1. Manikam Kalbu oleh Faisal Tehrani
2. Moga Bonda di Sayang Allah oleh Tere Liye
3. Bidadari-bidadari Syurga oleh Tere Liye

Syukur sangat dapat baca buku. Antara ketiga-tiga buku ini, paling best adalah Bidadari Syurga. Pandainya Tere Liye menulis. Sepanjang membaca, cikgu terpaksa menyeka mata. Belajar bagaimana manusia bernama kakak mengorbankan diri untuk adik2 sepusat sepusingnya. Dan yang bestnya, hubungan dengan tuhan begitu jelas di dalam novel in. Serasa seperti kisah ini kisah benar. Alam keliling yang digambarkan menggamit keinginan cikgu untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan. Terasa alangkah nikmatnya kalau dapat kesempatan untuk pergi ke ladang strawberi di Lembah Lahambay seperti yang dinyatakan oleh Tere Liye...ia benar-benar wujud.

Tere Liye...betul ke tempat tu benar-benar ada?

Sunday, May 31, 2009

Selamat Ulangtahun Fauzan

Untuk anak cikgu Muhammad Fauzan yang menyambut ulangtahun ke 16 pada 29 Mei 2009. Berlainan dengan anak-anak cikgu yang lain, yang ini belum pernah bangun tidur dengan permintaan-permintaan hari lahir. Disambut atau tidak, tidak menjadi hal baginya. Memadailah diberi ucapan dan doa. Semoga kamu menjadi anak yang soleh anakku.

Menikmati Cuti Sekolah?


Bagaimana nak mengisi cuti persekolahan setengah tahun ni ya? Hari-hari anak cikgu akan tanya, 'Hari ni kita nak pergi mana?', 'Ummi, lepas ni kita ke mana?' dan macam-macam gaya soalan yang semuanya bertanyakan hal nak kemana? Tak ada pulak anak yang tanya, "Umi nak suruh saya buat apa?, nak mintak tolong apa?, 'apa yang saya boleh tolong?'. Seolah-olah, kalau bercuti, memang wajib bawa anak keluar jalan-jalan. Sampai ada yang kata, 'lepas ni kita nak keluar rumahlah, nak pusing-pusing, jalan-jalan, bosan betul ulang-ulang perkara yang sama bila pergi sekolah'.

Macamana ibu-ibu, wajibkah ajak anak jalan-jalan?

Yang cikgu tahu, waktu cuti ni memang sesuai kalau ke pantai, kerana sekarang ni cuaca baik. Air pantai pun bersih. Kalau tak diambil peluang ni, lain kali bila tengkujuh tiba, termenunglah kita. Biasanya bila tengkujuh nak bermula barulah orang teringat ke laut. Yang memang tinggal di persisiran pantai memang taknak ke sana sebab dah tahu bahayanya. Orang2 yang tak biasa dengan amaran musim nilah yang asyik berangkut anak-anak mandi laut.

Tak kira di musim apa pun, jika bermandi manda sewaktu bergembira begini, beringat-ingatlah jugak. Pesan kat anak-anak , mulakan langkah dengan 'Bismillah', Semoga Allah pelihara setiap ahli keluarga kita. Sambil bergembira pun jangan dilupakan tuhan yang Esa, solat jangan ditinggalkan. Lagipun Allah dah permudahkan kita, bila kita berjalan, boleh lah kita amalkan solat jama' dan qasar. Mudah, memang islam itu mudah...

Wednesday, May 27, 2009

Kat Hostel Takde Air...Hu hu



Kesiannya Farhah, dari malam tadi tak ada air kat asrama. Hari ni pergi kuliah tak dapat mandi ke?

Memang macam tu lah cabaran duduk asrama. Kadang-kadang beberapa hari tak ada air. Kalau ada pun kecik aje. Kena standby la angkut air. Simpan dalam baldi, dapat lepaskan yang wajib2 pun jadilah. Semoga yang diuji tetap bersabar, jangan menngamuk pulak bila iar yang ditakung kering diambil orang.. Anggaplah ia sejat! Cuaca kan panas sekarang ni. He he....




Monday, May 18, 2009

Anak Cikgu mula Kelas Hari ni



Malam tadi cikgu dapat sms dari anakanda minta dikejutkan pada jam 5.15, sebab hari ni dia mula kuliah. Untung anak2 zaman sekarang, duduk jauh2 pun ibu2 tetap boleh kejutkan melalui talipon. Kalaulah mak cikgu masih hidup......tengok cucu dia yang satu ni. Isy!

Tapi kira ok lah jugak, dapat lah cikgu kejut dia. Semoga Allah terangkan hati Farhah, dapat hadir, dengar, faham dan terus amalkan segala ilmu yang baik. Jika dapat kongsi-kongsikan, jika tak dapat minta lagi bimbingan. Selamat berjaya anakku sayang!

Sunday, May 17, 2009

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru



Kepada semua guru, guru muda, guru tua, guru baru, guru lama, guru sementara, guru bersara, guru apa2 tak kira... Selamat Hari Guru. Semoga amalan diterima Tuhan dan menjadi pembela ketika kita menemuiNya.

Tuesday, May 12, 2009

Anak Cikgu gi Matriks...Hu hu


Semalam gi hantar Farhah mendaftar ke Matriks Tangkak. Ramainya manusia. Farhah dapat duduk blok F tingkat 3. Wah! Ada harapanlah nak kurus dek merana turn naik tangga. Ada surprise kat bilik tu, apa taknya, dia dapat jadi roomate Hawa, kawan semasa di SETA dulu. Yeah! Umminya pun seronok sama.

Hari tu juga hari pertemuan cikgu dengan seorang kawan lama yang juga menghantar anaknya ke Matriks, Yasmin anak dara Norazmy. Lamanya tak jumpa Mi, rindu rasa terubat jugaklah. Macam biasa, Norazmy tidak bertambah tinggi, anak dan emak sama rendangnya.

Sebelah asrama Farhah ada cafetaria. Makanan boleh tahan mewah. Tapi Farhah pun... dah mendera ayah bawak naik 2 carton air mineral, takut kekeringan tak dapat minum pergh!

Farhah, ada ke harapan nak kurus nak!



Farhah, Hawa, Atikah & Aliah



Syaffa kat Cafe


Norazmy & Yasmin, betul kan, sama-sama rendang! Jangan marah Mi




Bersama sahabat lama, Norazmy....Muah!





Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu (dari seorang teman)

Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.... .
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku. ...
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak

Yang selalu nasihat aku.....mak
Bila nak kahwin.

.Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak


Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku


Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak


Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”


Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak


Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya. ........


Tapi kalau mak sudah tiada...........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, May 7, 2009

Bersabarlah Wahai Anak

Semalam cikgu pergi menziarahi sebuah kematian. 6 Mei 2009, seorang bekas anak murid cikgu telah ditinggalkan ibu yang dikasihinya buat selama-lamanya. Ketika cikgu sampai ke rumah beliau, jenazah sedang dikafankan. Oleh kerana ruang rumah agak kecil, proses mengkafankan jenazah, dapat dilihat oleh ahli yang menziarah.

Sungguh, Allah memberikan ketenangan kepada jiwa anak yang menyaksikan bagaimana ibu mereka dikafankan di depan mata. Saat begitu memilukan dilalui oleh anak ini begitu mencarik naluri cikgu. Teringat, ketika cikgu melalui detik-detik itu, ketika turut mengkafankan allahyarhamah bonda tercinta pada Disember 1987. Ketika itu cikgu masih bujang.

Kini, cikgu melihat jenazah sambil membayangi diri sendiri yang bakal melalui saat-saat itu. Dimandikan, dikafankan, disolatkan, dikebumikan dan akhirnya ditinggalkan bersendirian menghadapi soalan demi soalan dan hukuman tuhan.

Wahai anak,
tempoh yang bakal dilalui dalam kehidupan ini sedetik cuma. Ambillah peluang yang masih ada untuk melalui detik-detik indah yang dapat dikongsi bersama ibu yang tercinta. Bila kita telah kehilangan, kita akan terkenang saat-saat indah bersama ibu, sewaktu kita dibelai manja, sewaktu luka kita dirawat, sewaktu kisah-kisah suka duka zamn persekolahan kita kongsikan, sewaktu kita meraikan hari raya, sewaktu ibu memakaikan kita pakaian baru, sewaktu ibu memasakkan kita lauk kegemaran kita dan banyak lagi waktu-waktu indah.

Ketika ibu masih ada, kita selalu terkenangkan saat-saat kita dimarah, saat kita diperintah, saat kita dileteri, saat kita diadukan kepada ayah dan pelbagai saat yang pahit untuk dikenang. Tapi itulah saat kita pelajari tentang kehidupan, saat kita mengenal susah payah dan pelajari bagaimana mengatasi kerumitan hidup yang penuh pancaroba. Saat itu telah berlalu, yang tinggal hanya kenangan.

Bagi yang telah ditinggalkan, kenangilah yang manis-manis sahaja. Ia tetap akan menghibur hati. Bagi yang masih punyai ibu, terlebih wajar untuk menghargai saat manis bersamanya berbanding mengenang hanya setelah kematian menjelma.

Anakanda ku Syarifah Zulaika, bersabarlah. Untukmu ada lagi seorang Ibu untuk menumpang kasih, suka dan duka. Hubungi cikgu.....doa cikgu sentiasa menemani kamu.

Friday, April 24, 2009

Chemistry?

Rindunya mengajar chemistry. After four months not teaching chemistry, I really feel that I miss that subject. Ye ke? Look at this...

Tuesday, April 7, 2009

Classroom Management

Jika anda ingin belajar atau mendapatkan idea bagaimana melaksanakan pengurusan bilik darjah, bolehlah belajar daripa Ms Powell. Cikgu terjumpa website dia ketika mencari idea tentang bagaimana menjadikan kelas menarik. Kalau dah mula layari laman web Ms Powell, rasa tak mahu berhenti pula. there lots and lots of ideas.

Janganlah rasa macam budak-budak pula. Idea Ms Powel rasanya sesuai sahaja kalau nak dilaksanakan di sekolah, especially kalau sekolah cikgu. Barulah best!

Brontok dan ASAM PEDAS GULA MELAKA

Siapa dah baca buku BRONTOK?

Hujung minggu yang lalu, cikgu lalui dengan sungguh seronok kerana dapat membaca sebuah buku sehingga habis. Brontok adalah nama sejenis virus yang menyerang komputer. Tapi buku Brontok tulisan Pn Hjh Norbi Husin, bekas Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPM amat menyeronokkan.

Seperti membaca buku pertama beliau, ASAM PEDAS GULA MELAKA, cikgu rasa sayang nak berhenti membaca buku tersebut. Sungguh banyak pengajaran yang cikgu dapat daripada buku tersebut. Cadangan cikgu, sesiapa sahaja guru yang belum membaca buku ini, carilah, belilah dan bacalah. Tetapi mulakanlah dengan membaca ASAM PEDAS GULA MELAKA.
Memang best giler!

Kajian Tindakan

Cikgu harap tiada siapa yang menggelabah apabila Pengarah Pelajaran Johor mengarahkan agar semua guru menjalankan Kajian Tindakan. Selain daripada faktor masa, cikgu rasa kebanyakan guru tidak menjalankan kajian tindakan yang formal kerana kurang pengetahuan tentangnya dan kurang juga pendedahan kepada bagaimana melaksanakan kajian tersebut.

Untuk sesiapa yang ingin membaca lebih lanjut bagaimana kajian tindakan harus dilaksanakan, cikgu sertakan link untuk ke sana. Cubalah baca.....

Monday, March 23, 2009

Ke Hutan Bandar MPJBT






Petang ahad yang lepas, cikgu dapat bawa anak-anak menjenguk HUTAN BANDAR MPJBT. Sebelum ni dah pernah masuk sekali masa ia masih awal dibangunkan. Tapi kali ini, cikgu rasa seronok ke sana. Memang indah, macam tak sangka pulak di JB ni, ada tempat seindah ini untuk berekreasi bersama keluarga.

Apa lagi, Syaffaa anak bongsu cikgu, bukan main posing lagi. Lanskap keseluruhannya sangat menarik, rupa-rupanya cikgu tak sedar, sambutan Hari Lanskap baru sahaja berlangsung pada 9 Mac yang lalu di tempat ini.

Bagi yang belum pernah menjejak kaki ke sana, pergilah. Diberitakan oleh jiran-jiran cikgu, pada setiap pagi ahad, seawal 7 pagi ada guru yang didatangkan khas oleh pihak MPJBT untuk mengajar orang ramai bersenam. Poco-poco pun ada.

Bersenamlah beramai-ramai. Tentu seronok.
'BADAN CERGAS, MINDA CERDAS'













Bagi sesiapa yang berminat membuat lanskap yang cantik2 dan suka bertanam bunga hiasanbolehlah dapatkan idea dari sana.
Pada ahad yang lepas, memang ramai orang di sana, kereta sahaja bersusun-susun. Hampir-hampir cikgu putus asa untuk dapatkan tempat parking, tapi berkat doa anak-anak, dapatlah juga tempat yang selesa. Puaslah Syamil, Fauzan dan Syaffaa berlari riang.

Friday, March 20, 2009

Syukur yang teramat....

Alhamdulillah,
Tidak dapat digambarkan kesyukuran cikgu apabila keputusan SPM diumumkan tempoh hari. Seronoknya Allah sahaja yang memahaminya. Sampai tak sempat nak update blog.

Pelajar2 cikgu dari 5 Cemerlang, cikgu ucap tahniah kerana dapat mengekalkan pencapaian 100% dalam kima.Shah Rizan, Jia Wen, Aliah, anak cikgu sendiri Farhah,dll cikgu ucapkan tahniah. 17 orang daripada 23 pelajar dapat A paper math yang cikgu ajar. Paling membahagiakan, ETR sekolah tercapai. Peratus lulus naik daripada 90% ke 93.25%.

Subhanallah, kalau bersungguh-sungguh berusaha, tentu ALlah tak akan kecewakan kita. Cikgu Cham, Cikgu Supeyah,Cikgu Runah, Cikgu Anidah dll semuanya seronok kerana % pencapaian subjek masing-masing meningkat antara 16% ke 41%. Cik Cham lah yang paling seronok, mana taknya 92% pelajar lulus Math Tambahan. Incredible sungguh, kerana semua ini berlaku di SDARY.

Kalau ia berlaku di sekolah lain, mungkin tiada siapa yang hairan, tapi yang ini berlaku di SDARY. Sungguh, ini luar biasa. Tepatlah tagline SDARY tahun ini, MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA!

Wednesday, March 11, 2009

Keputusan SPM pagi esok?

Agaknya apalah perasaan ank2 murid cikgu malam ini, tenang ke nak tidor, seronok ke? suspend ke? Berdebar2 ke? atau cikgu2 sekolah yang lebih berdebar. Mungkin juga. Dah seminggu cikgu lihat seorang kawan yang mengajar Add Math tahun lalu tak tentu arah dibuatnya. Duduk tak kena, bangun tak kena. Tunggu sahajalah.......

Nasihat cikgu, berdoalah. Bukan berdoa untuk keputusan diubah lagi, tapi berdoalah supaya Allah berikan kekuatan untuk menghadapi apa sahaja keputusan dengan berlapang dada. Nikmatilah malam ini sementara belum dapat keputusan. Tak tahu apa akan terjadi esok. Akan dengar ceramah panjang kah? akan ada Khutbah Khamis kah? semuanya ada kemungkinan. Tapi jangan bazirkan saat bahagia ini. Nikmati ia sebelum ia berlalu.

Selamat Malam. Sweet Dreams.

Tuesday, March 10, 2009

Cikgu Zaman Ini

Apabila cikgu bertemu dengan ramai orang tua-tua, mereka kata hidup orang muda hari ini semuanya senang. Tak macam dulu-dulu, nak dapat duit 10 sen pun susah.

Hari ni, dapat duit senang, tapi 10 sen tak dapat beli apa. Tak ada orang nak jual cili dengan nilai 10 sen. Garam pun tak dapat. Dulu waktu cikgu pergi sekolah rendah, mee dijual dalam pinggan kecil sangat(macam pinggan main pondok2), harganya 5 sen. Tapi kalau hari ni dah lah tak ada siapa menjual mee senilai seperti itu, anak2 dapat 10 pinggan seumpamanya belum tentu boleh kenyang.

Begitulah, tidak akan adil menilai kesukaran di sesuatu zaman berbanding dengan zaman lain dari pandangan yang tidak melaluinya. Hari ini, hidup bukanlah semakin susah seperti penilaian orang tua dulu2. Tapi sukarnya menghadapi kehidupan kerana CABARAN yang semakin bertambah. CABARAN? ya Cabaran semakin bertambah....






Tuesday, March 3, 2009

KBM tak jadi? KERSANI pula akan datang.

Tak ada rezeki nampaknya. Tahun ini KBM tak dapat dijalankan di SDARY. Nak buat macam mana, tiada ruang yang boleh dimasuki. Program sehingga April sudah penuh.

Jadinya, tahun ini SDARY akan didatangi oleh fasilitator dari Kersani (Bumbun, Segamat). Tunggu dan lihat. Yang ini pun tak kurang hebatnya.

Wednesday, February 25, 2009

an email from a MERCY member

Salam,
Hari ni saya dapat satu emel dari seorang teman yang dimajukannya kepada saya. Bacalah jika anda berkesempatan.


From: ppim-net@yahoogroup s.com [mailto:ppim- net@yahoogroups. com] On Behalf Of jeffrey HassanSent: 12 February 2009 09:53To: ppim-net@yahoogroup s.comSubject: [ppim-net] the shortest path to jannah

ASLM Dear friends,
It is now 4 days since we returned fromour trip to Gaza / Cairo . Have been awaiting my respectedelders/colleagues) to input first but since there appears noneforthcoming, I will write my thoughts and experience and humblyrequest them to correct or input as necessary. (Pleae note These aremy own personal views and do not represent any organisation includingMERCY Malaysia . Please forward with discretion )

We left on a MERCY Malaysia mission onthe 27th of January ( 8days after unilateral truce byIsrael ) after filling up our wills in sealed envelopes. Sent off byThe MERCY office team,Dr Faizal Perdaus (acting Prez MERCY) ourfamilies and Dr Musa (x prez PPIM). The team consisted of Prof HattaShahrom (x PPIM president), Dr Fauziah Hassan (O&G, APSH,xtreasurer,MERCY Malaysia ), Dr Norherah, (Family practitioner) , MsReem Bashir( a sudanese psychologist) . After a 12 hour flight, 2 hrsstop ( no deplane in mumbai) we arrived in Cairo at 5 am on the 28th.Immediate briefing and off we were to the Rafah border about 4 hrsaway except our driver got lost and we got a free tour of the sinaiand the Suez canal .

We finally reached the Rafah Egyptian border crossing at 430 pm. After 40 mins (which is like a record ,as most people who try to get into Gaza never manage to, and those who do wait hours to days on end, many leave for home with just having seen this border crossing.) we were through Egyptian Immigration.

We praise Allah for everything.We entered Gaza with the Azan of magribat abt 530pm with the MERCY logistics officer En Hapis. On hand to greet us were Dr Ikram (Anaes Lecturer CUCMS) and Dr Al Amin(SurgeonTawakal) who were the initial team in.(they had come in the day ofthe truce or just after). We proceeded to Palestinian immigration and were welcomed warmly. Prof Hatta even managed to get a soda from oneof the officers.

We then went to our lodgings and met the previous team under Dr Heng.,Drs Lai, Azlina, Asmarawati, Khairol, Shamsul.Dr Azhar Abdul Aziz (x VP MERCY )who had come with the Qatar team was also there. I had tried to meet himin Kl last summer but Allah planned for us to meet in war torn Gaza .We had been assigned to Nasserhospital,in Khan Younis, 20 mins north of Rafah, named after theEgytian prez who had funded it.

300 bed and handled 500 patients during the Israeli aggression. Some department good, most run down. Many equipment down as no spare parts allowed in and no maintenance. The only equipment working in physiotherapy was the manual one and one traction. The rest were all broken down. The ECG,EST machines etc were ancient. Dr Fauziah,Dr Norhera surved the OG department and other O&G hospitals and saw areas that needed improvement.

Prof Hatta and Ms Reem were taken on trips to asess the psychosocial needs of the Gazans.On the first day there was a drone attack in front of the hospital. Maybe 10-15 m from where I was doing my rounds. There was a loud bang, flames and massive smoke. 2 mujahidin on a motor bike had been targeted by the drone. Both survived alhamdulillah altho one had to go to Ot. 2 other passers by were also sent to OT.13 kids who were around had to be treated for shrapnel wounds.

Prof Hatta who had gone to A&E noted that thechildren were stoic and did not cry even though they were in obvious pain. Most treated as outpatients. This was during a supposed truce.Death is very near in Gaza .

We toured the areas of destruction and I found comparison with the Earthquake in Adapazari in Turkey where we had also been on a MERCY mission. Whole blocks were flattened. Olive groves were uprooted, schools, Universities, mosques were not spared. Parliament was destroyrd.Even UN schools,building were damaged.The Islamic Universtity of Gaza had two blocks that housed 75 labs totally destroyed. They had just acquired some DNA machines abt 3 million worth as they have quite bit of genetic disease inPalestine.These wrere destroyed.

The dean of Medicine was an old friend from my days in Dublin . Holds an Irish passport but when asked to evacute by the Irish ambasador in Tel Aviv he refused.Indeed we were told that when the borders were opened Gazans came back instead of leaving for Egypt ..

” This is our land, we were born here and we will die here was what they said.”

The mosques in front of Shifa hospital was just a pile of rubble with a fruit carton written on it masjid Shifa. The new wing of the hospital had also been hit. This hospital had been taking the brunt of the casualties. They have a collection of gruesome slides of the victims, killed, maimed, kids adults,women.. At the height of the conflict they were taking in 200 patients an hour.The homes of ordinary Gazans were also piles of rubble. Some had just been built. They had moved to relatives homes or had to erect temporrary shelters.one was just the black plastic sheeting

It was winter and I was wrapped in 4 layers.I wonderd how they coped especially the kids. May Allah always protect them. Everywhere we went were greeted very warmly that we were feeling guilty. We would be served good food altho I dont believe they themselves were taking as good as they were serving their guests. This was true Muslim Arab hospitality. In severe adversity , guests were still treated well. May Allah increase His bounty on them.

We heard stories of the mujahideen and the help that Alllah had sent them. Malaikat had come and fought with them. One mujahid had been blown up to pieces and the only piece of him left had a beautiful aroma that was smelt by all the villager who had come. They would be hiding and waiting for the enemy for days surviving only on water and dates. Tanks would blow up and their explosives still be intact. A mujahid heard a voice telling him to wait in his hiding place till he had a chance to strike the enemy,which he did. The enemy claimed that they had fought with ghosts and with people in white uniforms. The mujahideen did not wear white uniforms. May Allah always be with the steadfast.

The thing that struck us most was their spirit. Indeed they were carrying on as normal a life as they could.As much as the enemy wanted them to surrender and cower they stood firm and fought. For 23 days they were bombarded from sea,land and air and they were steadfast. The craters made by F 16 bombs were nearly two storeys high! The enemy with 500 tanks could not enter the cities except fight at the peripheries. In the 6 day war(1967) 3 Arab nations were defeated in 6 days! We were told that there were even weddings during the onslaught. Children were playing football and were trying to go to school. May Allah continue to be with them.

We met amazing people. A lady we met told us that after the enemy had bombed the mosques her 14 year oldson would pray every prayer in the mosque for he wished to be syahid while worshipping Allah. She had told him that if he decided tobecome a mujahid himself he must tell her so as for her to make doa for him and not find out only when he was syahid. Prof Hatta/Ms Reemwere offered bowls of soup by a refugee grandma who had her grandson syahid. She was sitting amongst a pile of rubble that had been her abode. After relating her story to them and crying a minute she offered the little food she had to them. May Allah alleviatee all their suffering!

Everytime we asked “what can we do for you?” The answer would be;“Please do not stop making doa for us”. They did not ask for money or food or anything material only that we do not stop beseeching Allah to help them in their struggle against a merciless enemy.

We met with persons who told us “We promise you three things:-

1. We will defend this land
2. We will liberate this land
3. We will pray with you in Al Aqsa one day soon”

Medically the Drs are quite a lot. They however have not been able to leave Gaza for training and some of them had not been out for 10-12 years,.They thus need help in training. Equipment needs to be upgraded and new equipment added.InsyaAllah we have made these recommendations to MERCY Malaysia .There is also plan to build a rehab centre in south Gaza . There is a state of the art one in North Gaza that was damaged but still functioning. There is also plan to setup a MERCY Malaysia-Palestinep sychosocial centre.

We were supposed to stay till the 4th February but were asked to evacuate as there was worry about increased bombings.There had been one near our lodgings the day after we arrived. On midnite of the 1st we received sms andcalls from the embassy,and MERCY base camp Cairo for us to evacuate asap. We heard six bombs dropped by F16s near the house and the house shuddered with the explosions. We moved to the ground floor and evacuated the next day back to cairo .

We had few more meetings to attend and a few more things to do but fate was such that we had to leave. We could leave when things got hot but the Gazans cannot. As Mr Ging ,UN officer in Gaza said , “There is no safe place in Gaza ”.Indeed, Death is close in Gaza or this is the shortest path to Jannah.

I wish to record my gratitude to
1. Our understanding families who had understood the need for us to go
2. MERCY Malaysia for providing the opportunity
3. The MERCY team in Cairo
4. The Malaysia Embassy in Cairo who had been amazingly helpful in facilitating our entry into Gaza especially En Fauzi
5. My extraordinary teammates, May Allah bless them all. Wassallam and May Allah protect all those in Gaza ,

jeff
[Non-text portions of this message have been removedesempatan.

Demi Matahari

Loading...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.