Dah sebulan lebih sekolah dibuka. Rutin lama jadi cikgu berterusan. Belajar, mengajar, belajar lagi, mengajar lagi. Sambil2 tu kena tingkatkan ilmu tentang pelajar zaman sekarang. Kena belajar memahami anak murid dengan lebih baik. Kena dengar dan patuh arahan pihak atasan. Kena hadiri semua mesyuarat. Kena buat dan penuhi kehendak semua pihak yang menuntut walaupun permintaan itu dibuat sejam yang lalu, kena dipenuhi 2 atau 3 hari sebelumnya. Ya Allah, memang mencabar kehidupan jadi cikgu ni. Letih menyebutnya. Lebih letih nak laksanakannya.
Sebab tu cikgu rasa, nak jadi cikgu kena bulatkan tekad betul2, biar matlamat jelas kerana Allah semata2. Sebab kalau mengharap ganjaran, pujian dan gaji semata2, rasa macam nak lunyai cikgu derita. Tapi mengenangkan anak2 bangsa, yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan, yang akan memelihara keharmonian alam, yang akan meneruskan zuriat patuh dan taat kepada pencipta, yang akan memastikan redha Allah milik kita semua, cikgu teruskan perjuangan ini. Barulah nampak muka anak murid tu timbul rasa kesian, rasa sayang, rasa macam nak manja2kan budak2 tu. I love them, I love them all.