Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah dan Tahun Baru, Azam Baru Lagi Ke?


(Syaffaa, masa shopping di SOGO baru-baru ini)






Syukur Alhamdulillah, maal Hijrah sangat hampir, begitu juga Tahun Baru 2009.

Apabila bercakap tentang kedua-dua tahun baru ini, rata-rata orang terfikir tentang AZAM. Cikgu pun begitu, kiranya ini waktu yang sesuai untuk memperbaharui azam, atau berikrar untuk menjayakan azam yang belum tercapai.

Bagaimana orang bdapat mencapai azam ya? Kerapkali, kata orang kalau tidak merancang bermaksud kita merancang untuk gagal. Apa maksud rancang? pada pandangan Cikgu, apabila merancang mesti ada target masa. Macam baru2 ini cikgu merancang pelbagai program sekolah untuk dilaksakan pada tahun 2009, bermula bukan daripada Januari, tapi daripada Disember 2008.

Misalnya, kalau kita merancang untuk berjaya didalam peperiksaan, haruslah kita ada rancang jadual belajar setiap minggu. Daripada bulan ke bulan kita hendaklah merancang apa yang harus kita fahami dan kuasai daripada seluruh topik yang dibentangkan sepanjang tahun. Tentunya kebanyakan cikgu akan menerangkan apa yang akan kita pelajari dalam sesuatu subjek sepanjang tahun pembelajaran.

Kemudian kalau kita ingin menjadi pemimpin persatuan yang berjaya, kita hendaklah merancang untuk hadir ke setiap pertemuan kelab atau persatuan yang kita anggotai. Mulai sekarang, kita dah cari apa jenis aktiviti yang akan kita cadangkan kepada guru penasihat, bagaimana kita nak buat dan sebagainya. Bukan setakat cakap sahaja dengan cikgu, tahun ini kita nak jalan2 dan sebagainya.

Pernah di sebuah sekolah di mana cikgu mengajar dahulu, cikgu dilawa untguk menjadi guru pengiring lawatan sambil belajar ke Melaka. Cikgu hanya siapkan diri sahaja. Anak2 murid cikgu sebagai AJK mengaturkan semua, termasuk surat menyurat, borang dan sebagainya. Bangga sungguh cikgu untuk mencalonkan pemimpin2 persatuan yang pandai mengelola.

Di sebuah sekolah lain pula, cikgu ditugaskan menjadi penasihat kelab catur, padahal cikgu tak pernah kenal biji catur pun. Juga anak2 murid cikgu mengatur semua, cikgu hanya menjadi penasihat dari segi hubungan murid dengan pengetua, memohon kebenaran(dalam ertikata cuma mengajukan surat permohonan yang telah disediakan oleh murid) daripada pengetua untuk menganjurkan pertandingan dan sebagainya. Ketika itu, walaupun murid kelab cikgu semuanya bangsa asing, mereka turut sediakan teks untuk cikgu beri ucapan sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang. Subhanallah. Sangat beruntung, cikgu menjadi cikgu kepada murid begini.

Cikgu pun akan perbaharui azam. Jom kita sama2 mencapai visi tahun ini ya!

Monday, December 8, 2008

Qurban di masjid Perling


Alhamdulillah, hari ini sekali lagi umat islam menyambut Hari Raya AidilAdha.
Cikgu tak balik kampung. Sebagaimana tahun-tahun sudah kami sekeluarga melaksanakan ibadah qurban di Masjid Perling.

Qurban tahun ini agak berbeza sikit. Tak seperti tahun2 sudah, dua orang anak bujang cikgu diterima sebagai perugas untuk menguruskan lembu yang diqurbankan. Syukur kepada Allah, walaupun Amil 12 tahun dan Fauzan 15 tahun, mereka lulus. Sepanjang malam tadi Amil doa agar tiada orang dewasa di masjid yang halau dia dari kumpulan petugas, dia betul2 nak rasa pengalaman melapah lembu Qurban. Hajat tercapai...

Dari pagi sampai selesai ibadah qurban dilangsungkan, hujan begitu lebat. Anak2 berdua basah kuyup dibuatnya. Anak2 perempuan dan cikgu cuma datang tengok bila dah nak sampai giliran lembu kami diqurbankan. 7 ekor kesemuanya.

Pukul 2.30 petang barulah semuanya siap. Amil dan Ojan balik kepenatan. Besar hati nak main komputer lagi, tapi kelopak mata dah tak boleh nak diangkat. Sekarang dah pukul 5 petang, tak sedar dikejut solat asar. Semoga Allah ampunkan mereka, mereka benar2 letih. Kejap lagi cikgu kejutkan mereka solat lagi.

Semoga Allah taala menerima qurban yang dipersembahkan. Semoga anak2 cikgu menjadi anak2 yang soleh selamanya. Amin

Wednesday, December 3, 2008

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.