Pagi2 ahad ni, cuti dengan hujan yang tak berhenti amatlah sesuai2 untuk bermalas2 dan berleka2 di rumah. Anak2 apa tah lagi, sejuk mengerekot di tempat tidur. Kalau dapat makan jemput2 ikan bilis dengan kopi panas, elok jugak kan...syok betul.
Apa yang akan dibuat dek anak2 bila dia bangun nanti? Cuba teka? Aaah! Dah biasa dah. Budak2 zaman sekarang, kreatifnya bahagian lain, sesuailah dengan zaman teknologi sekarang.
Semalam cikgu berpeluang menghadiri Konvensyen Mengingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Islam Melaka. Ramainya orang hadir, lebih 3300 memenuhi Dewan UTeM Melaka. Seronoknya! Ramai orang muda, pelajar2 Universiti. Baguslah. Dapat isi hari pertama cuti tanpa sia2. Adalah jugak ceramah2 yang mengingatkan tentang nostalgia zaman dulu.
Cikgu masukkan sikitlah apa yg disampaikan dalam kertas kerja 1 di sini :
Latar Belakang Empayar Melaka
Putera Srivijaya (Sang Nila Utama) menawan Temasek setelah kerajaan Srivijaya dijatuhkan oleh kerajaan Majapahit.
Cicit Sang Nila Utama (Dharmaraja) melarikan diri dari Temasek setelah diserang oleh kerajaan Majapahit yang bekerjasama dengan bendahara yang belot.
Dharmaraja (Parameswara) membuka Kota Melaka pada tahun 1401.
Kegemilangan Melaka
POLITIK
Sistem pentadbiran yang teratur. (Sultan, Bendahara, Laksamana)
Pentadbiran mengikut cara Islam.
Sultan yang warak. (Sultan Mansur Shah, Sultan Alauddin Riayat Shah)
EKONOMI
‘Whoever holds Malacca will hold Venice by the throat’ (Tome Pires)
Perdagangan melibatkan seluruh pelusuk dari Timur Tengah ke Cina.
Terdapat 84 bahasa yang dituturkan di Melaka.
Lingua franca : Bahasa Melayu.
Terdapat bahan mentah dari serata dunia.
Pusat dagangan paling terkemuka di Asia.
Kesimpulan
Kita perlu sedar bahawa kita mempunyai asal usul yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan dunia.
Melayu tidak perlu malu dan memalukan diri sendiri kerana sejarah telah membuktikan kegemilangan bangsa ini.
Kesedaran generasi kini harus diperbaiki untuk mendaulatkan kembali bangsa Melayu dan agama Islam di tanah kita sendiri
Bila balik terjumpa pulak video nih:
Mari kita main-main suka-suka
Engkau jadi Ali aku jadi Che' Fatimah
Neng neng pong
Senduk patah belanga rompong
Che' Ali tumbuk tepung
Datang Che' Mah angkat lesung
Neng neng pong
Mangkuk pecah pinggan kosong
Che' Ali mintak tolong
Datang Che' Mah bawa terung
Hai Che' Limah apa sebab awak bengang
Saya bukan bodoh saya cuma kurang akal
Neng neng pap
Api padam nasi lembap
Che' Ali rebus ubi datang Che' Mah bawa kicap
Neng neng pang
Senduk patah cangkul hilang
Che Ali tanam jagung Che' Mah tanam ikan panggang
Hai Che' Ali apa sebab awak diam
Saya bukan diam saya cuma naik pitam
Neng neng pus
Sudin makan ikan rebus
Che' Ali pakai jubah Che' Mah pakai songkok tarbus
Memang hebat anak2 melayu dulu, kreatif dalam apa pun yang mereka buat, hatta dalam permainan sekalipun. Cabaran ni untuk anak2 sekarang...Siapa yang nak teruskan perjuangan orang2 dulu???
No comments:
Post a Comment