Salam semua,
Alhamdulillah, dengan izin dan kurniaNya hari ini 5 Februari 2017, cikgu dapat kembali ke blog ini. Rasa canggung juga untuk menulis semula.
Alhamdulillah cikgu sudah pun bersara pada 2 Julai 2016. Syukur selepas berkhidmat sebagai guru di pelbagai sekolah menengah(10 sebenarnya) cikgu berjaya bersara sebelum usia 55 tahun. Bersyukur sangat kepada Allah, diberi peluang untuk menghantar anak bongsu ke sekolah pada saat anak cikgu hendak menghadapi SPM 2016. Terasa sangat bahagia apabila dapat bersama-sama anak cikgu, melihat dia berbaris mengikut angka giliran SPM, bersama-sama mengangkat tangan berdoa untuk kejayaannya dalam peperiksaan.
Berada di rumah, dapatlah cikgu bercucuk tanam serba sedikit. Memang sungguh seronok dan memuaskan hati. Dapat menikmati sayur tanaman sendiri. Bangun pagi dapat melihat pokok di sekitar rumah berbunga. Pokok labu berbunga dan berbuah, memang sungguh mebahagiakan.
Cikgu berterima kasih kepada seluruh ahli keluarga, aruah bak dan aruah mak, suami dan anak-anak yang selalu menyokong cikgu bekerja mencari nafkah dari muda sampailah ke tua. Anak-anak ikut pergi sekolah, sama-sama mencuci kolam ikan di Maktab Sultan Abu Bakar... sama-sama melaksanakan Program Sukan, Hari Keluarga dll. Semuanya tinggal kenangan.
Banyak yang cikgu pelajari semasa mengajar. Di sana cikgu mengajar, cikgu belajar dan cikgu juga diajar.
I am a teacher and a teacher I will always be until I meet Allah The Almighty!
No comments:
Post a Comment