Tuesday, July 22, 2008

Long Time Since


Salam,
It has been a loooong time since I last wrote something in this blog. Bzzz is my word to describe my job. But everyone is bz. Bukan mak-mak aje yang BZ, anak2 pun kata macam tu.

Today, I went to school without my son. Terasa juga sunyi jiwa cikgu. Baru satu malam anakanda takde kat rumah. Actually malam tadi dia pergi trip to KL dengan rakan2 sekolah ikut Pusat Sumber sekolah lah. Hari ni gi TV3 and Petrosains. Hoorey! Dapat jugak sesekali dia tinggalkan rumah. Agaknya gitulah kalau dia happy. So today he's resting drpd mendengar leteran demi leteran untuk panggil dia bangun tidor dan bersiap ke sekolah. Bahana dia takde lah, hari ni cikgu sampai sekolah at 7.05 in the morning. I normally reach school before 7 am. So yang usually lambat tu, not him but..... siapa lagi eh!

Kalau tengok muka dia memang geram. Rambutnya serabai. Baunya hasem!! tapi I can't deny my son..., deep in my heart. I miss you today. Always luv U son!

Saturday, May 24, 2008

Cuti Sekolah Lagi

Hari ni hari pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Belum pun lama, cikgu tengok jiran2 sebelah rumah dah gabrah, apa cara nak layan anak2 yang sentiasa ada di rumah dan tak pergi2 sekolah selama dua minggu. Ha, baru tahu ke? Yang cikgu hadap hari2 anak2 tuan puan lebih kurang 200 hari setahun, tak ke pening melampau!

Kadang2 geli hati jugak. Kalau anak suka merayau, hantar kat sekolah. Kalau anak suka pergi cc tak balik2 rumah, mak bapak telepon sekolah, tanya kenapa tak buat kelas tambahan supaya anak dia orang selamat kat sekolah. Ada juga rasa macam jadi baby sitter kalau jadi cikgu ni. and kalau cuti anak tak pergi sekolah, mak bapak pening!!! oh, come on lah, give them a break. Bawak lah anak2 pergi cuti. Jangan asyik suruh gi sekolah je. Biarlah dia orang enjoy serba sedikit zaman remaja. Jangan rampas zaman remaja budak2 ni. After all periksa tu sikit je, kesian anak cikgu yang darjah 6 tu, sekolah 7 hari seminggu. exam nya keluar 40 soalan je, belajar macam nak mati. Aduh!

Anak2 ku, nak main tembak2 masa cuti ni? Jom! Ummi nak join!

Wednesday, April 30, 2008

Lamanya tak cerita!

Dah lama betul tak buka blog. Sibuk betul hidup cikgu sekarang. Bulan April ni kerja 7 hari seminggu. Tiap2 weekend kena kerja. Nyaris2 aje 1 Mei ni kerja. Alhamdulillah pelawat2 dari negara jiran tak jadi singgah kat sekolah cikgu Khamis ni, bolehlah cikgu sambut hari pekerja dengan riang gembira bersama anak2 kat rumah.

Minggu lepas cikgu anjurkan satu kem motivasi bersama anak2 SPM 2008. Alhamdulillah, kem dikendalikan oleh kumpulan KRJ Innovation, seronok dan memberi banyak pengajaran esp untuk anak2 murid cikgu. Siapa nak tahu bagaimana KRJ kendalikan kem tu, boleh lah cari blog KRJ. Macam2 ada kat situ. jom tengok.....


Saturday, February 9, 2008

Sekolah oh sekolah

Dah sebulan lebih sekolah dibuka. Rutin lama jadi cikgu berterusan. Belajar, mengajar, belajar lagi, mengajar lagi. Sambil2 tu kena tingkatkan ilmu tentang pelajar zaman sekarang. Kena belajar memahami anak murid dengan lebih baik. Kena dengar dan patuh arahan pihak atasan. Kena hadiri semua mesyuarat. Kena buat dan penuhi kehendak semua pihak yang menuntut walaupun permintaan itu dibuat sejam yang lalu, kena dipenuhi 2 atau 3 hari sebelumnya. Ya Allah, memang mencabar kehidupan jadi cikgu ni. Letih menyebutnya. Lebih letih nak laksanakannya.

Sebab tu cikgu rasa, nak jadi cikgu kena bulatkan tekad betul2, biar matlamat jelas kerana Allah semata2. Sebab kalau mengharap ganjaran, pujian dan gaji semata2, rasa macam nak lunyai cikgu derita. Tapi mengenangkan anak2 bangsa, yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan, yang akan memelihara keharmonian alam, yang akan meneruskan zuriat patuh dan taat kepada pencipta, yang akan memastikan redha Allah milik kita semua, cikgu teruskan perjuangan ini. Barulah nampak muka anak murid tu timbul rasa kesian, rasa sayang, rasa macam nak manja2kan budak2 tu. I love them, I love them all.





Monday, January 28, 2008

Cikgu baru

1 Januari lepas, sekolah cikgu dapat 7 orang cikgu baru. Cikgu kena pergi jemput mereka dari sebuah dewan sekolah untuk dibawa balik ke sekolah. Kena tolong mereka dapatkan rumah sewa dan kalau mereka tak berduit, kena juga cari jalan tolong selesaikan masalahmereka.

Alhamdulillah, cikgu rasa mereka untung sangat. Macam nilah, profesion keguruan semakin baik dimertabatkan. Mudah2an mereka menjadi guru yang jauh lebih baik daripada cikgu zaman dulu. Maklumlah, nak tahu gaji permulaan jadi cikgu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda? PhoooooH! Campur elaun,lebih kurang RM2500.....ish ish ish...jangan nak jadi cikgu sebab mata duitan dong!


Tuesday, January 8, 2008

Hidup Mesti diteruskan

Hari ini cikgu mengajar anak cikgu yang kedua buat pertama kalinya sebagai seorang guru formal di sekolah. Sebelum itu cikgu turut mengajar anak cikgu yang sulung subjek math for form 5. Subhanallah, seronoknya. Allah Maha mengetahui betapa puasnya dapat mengajar anak sendiri. Alhamdulillah....


Mak dah tak ada lagi

Salam semua,
Setelah berpenat lelah, turun naik nafas, akhirnya emak mertua cikgu menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi ahad yang lalu, 30 Dis 2007 setelah ditinggalkan oleh aruah abah sejak september 2006. Cikgu dan keluarga terpaksa akur dengan kehendak Allah swt. Sesungguhnya semua yang hidup pasti akan mati. Al Fatihah untuk emak tersayang.

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.