Sunday, January 11, 2009

Mana anak2 cikgu nih....

Cikgu seorang guru,cikgu juga seorang ibu. Setiap hari apabila cikgu ke sekolah, cikgu bekerja bertungkus lumus untuk menyempurnakan tugasan cikgu di sekolah. Harapan cikgu, biarlah anak2 murid cikgu cukup faham dan jelas apa yang cikgu ajarkan.

Cikgu biasanya akan lewat pulang ke rumah. Walaupun dulu semasa awal memilih karier, aruah emak cikgu kata, 'Jadi cikgu senang...., kerja setengah hari dah balik'. Tapi setelah lebih 20 tahun menjadi guru, susah betul nak nampak kebenaran, bahawa kerja cikgu senang.... Hari ini jika cikgu tanya anak murid cikgu, 'Siapa di antara awak yang nak jadi cikgu? rata2 daripada 35 pelajar dalam kelas cikgu akan dapat seorang atau tiada langsung nak jadi cikgu. Sebabnya? Tanyalah mereka yang berada dalam kelas hari ini. Mereka akan kata, jadi cikgu susah!

Tapi cikgu tetap gembira ke sekolah.

Seperti yang cikgu katakan sebelum ini, cikgu berazam nak balik cepat tahun ini. Kalau tiada meeting, memang cikgu nak balik cepat. Hujung minggu pula akan jadi hari untuk cikgu tumpukan perhatian kepada diri sendiri, rumahtangga dan anak2. Betul ke?
Bolehlah, bertanam2 bunga, kemas rumah lebih sikit, lipat baju proper sikit, apa lagi ya, cuci bilik air xtra sikit, masak pun biar sedap sikit. Macam tulah kiranya.

Tapi hari lain macam mana, maksud cikgu pada hari2 cikgu bekerja. Anak2 pulak ke sekolah. Apahal rumahtangga? Ha... tentunya cikgu ada harapan kepada anak2. Seorang tolong masak nasi dan kemas dapur, seorang tolong bereskan pakaian kotor dan bersih, seorang mencuci pinggan dan mengaturnya. Seorang lagi buat apa? Takkan makan dan tidor aje?

Kalau mereka tak buat apa2 dan menonton tv aje macamana? Kalau mereka main internet aje macamana? Kalau mereka main PS2 aje macamana?

Agaknya mereka tak tahu apa nak buat kalau tak dicakapkan. Tapi kalau cakap pun mereka tak buat, tu yang cikgu bengang. Ok, jika tak tahu apa nak dibuat, ini ada senarai perkara yang perlu dibuat di rumah...

1. Sapu lantai
2. Mop dapur
3. Lipat pakaian kering
4. Jemur pakaian basah
5. Cuci pakaian kotor
6. Potong lada kering, rendam, cuci dan kisar supaya apabila cikgu balik rumah, bahan dah siap untuk digunakan semasa memasak
7. Kopek bawang2, cuci dan simpan dalam bekas kedap dalam peti sejuk. Agak2 lah jangan banyak sangat.
8. Kemas peti sejuk
9. Bersihkan semua kipas angin
10. Sapu depan rumah, susun kasut dan seumpamanya
11.Buang sampah di dapur, di bilik2 dan tandas
12. Cuci tandas dan mangkuk tandas
13. Susun barang di tandas
14. Ubah susun atur barang di ruang2 kecik, eg ruang tamu, tepi tangga dsb
15. Kemas meja makan, buang habuk di dinding, atas barang perhiasan dan bla bla bla...
Wah....dah banyak tuh...sampai tak boleh siap semuanya dalam sehari.

Kalau sebahagian kerja2 ni dapat ditolong oleh anak2, alangkah bahagianya..


cikgu,
seorang guru, seorang ibu dan adakah selamanya seorang bibik?

"Dah Berapa Kali Saya Cakap......?"

Itulah yang dicakapkan oleh banyak guru dan ibu. Selain daripada itu, ramai juga yang mengeluh dengan menyebut "Tak faham bahasa ya!", "Kenapalah kamu tak faham-faham" dan macam-macam lagilah.

Menurut Dr Marvin Marshall dalam bukunya 'Discipline Without Stress...', apabila seorang itu mula mengulang persoalan 'dah berapa kali saya cakap?' bermakna, pendengar tidak lagi mahu peduli akan percakapan seseorang itu. Dah tak boleh dicakapkan lagi. Berhentilah bercakap wahai cikgu. Berhentilah bercakap wahai ibu. Kalau dah baaaaaanyak kali cakap tapi orang yang dengar tak buat apa2 maka kenalah jangan cakap tapi buatlah perkara lain selain daripada bercakap. Kalau begitu cikgu, ibu, boleh tak anda fikirkan apa yang harus dibuat?

to be continued......

Saturday, January 10, 2009

Azam lama yang diperbaharui, Go Home

Salam,
Baru-baru ini cikgu bertemu kawan lama. Tak lah lama sangat, tapi cukup lama tak jumpa sehingga cikgu lihat secara fiziknya, kawan cikgu sudah ada sedikit perubahan. Jiwanya kedengaran semakin kuat, cekal dan bersemangat. Cuma batuk2 sahaja yang menurutnya sudah lama tapi tak sembuh2.

Alhamdulillah pertemuan diatur dan masing2 menyatakan azam lama yang terbantut. Bercita2 bersama untuk perbaharui azam, dia ajak cikgu ke sebuah gym di tengah bandar. Seronoknya, siap ada tempat solat, sauna, mandian stim, macam2 alatan senam. Ada wifi, minum2 percuma (percuma? - included dalam pakejla tu). Sungguh excited. Cikgu terus sign in, jadi member, kawan cikgu bayarkan dulu. Macam tu lah kawan....

Jadi tahun ni, cikgu akan memperbaharui azam lama, nak exercise consistently, nak keep fit. Tahun ni, cikgu dah beritau suami, yang cikgu nak menikmati rezeki yang Allah beri. Cikgu nak gembirakan hati anak2 cikgu. Nak upgrade kehidupan dengan manambah sedeqah. Mudah2an Allah taala menerima segala amal kebaikan, walaupun kebaikan itu hanya untuk diri sendiri (selfish nyer!).

Ha, azam paling best. cikgu beritau bos, tahun ini cikgu nak balik cepat dari sekolah. Hooray!

Mari kita share apa yang cikgu baca dalam sebuah buku management yang ditulis oleh seorang penulis orang putih, namanya Richard Templar. Begini katanya ......

Go Home

“ Many managers follow the notion of busy fools and confuse hard work with long hours. They think because they work 15-hours days and forget their children’s names, they must be bloody good managers. The best sales manager I worked with never once worked beyond 5.30 pm”

‘Caspian Woods, From Acorns – How to build your
brilliant business from scratch’

Another manager I worked with stayed late, got in early, skipped lunch and kept his head down and grafted every second he was there. Guess who got promoted over him? Yep, Bob again from Rule 70. Mr Cool Dude.

One of Bob’s favourite lines, to me anyway, was, ‘Go home, Rich, go home. You’ve got a young family, go home and see them before they forget what you look like. Either that or send them a photo before they really forget.’ Naturally I went home. As did Bob, a lot. In fact he was at work so little he got promoted again. His secret? His team, of which I was one, would have done anything for him. We went that extra mile. We would never have willingly let him down. Bob inspired loyalty in his staff in a way I’ve rarely seen since. He made all of us feel grown-up, trusted, treated in a respectful way. He never shouted, abused, put upon, demanded, overworked, or humiliated his team. I never saw him have to discipline anyone, ever. He was charismatic and charming, cool and relaxed. He cooked us all like small fish.

He said his secret was his family. For them he worked. He adored his children and would rather have been home with them than working. His love for them showed and he wore the badge of happy family man with great pride. He talked a lot about his kids and his wife and was obviously very happy with them.

He never stayed late because that would have been disloyal to his number-one-priority- his family. This gave them great depth. He was well rounded and balanced. He was at ease with himself. He had nothing to prove at work because he was content at home. I’ve worked with some complete bastards and I can say the only thing they all had in common was a bad home life. Their base camp was corrupt and it showed. So, my dear friend, GO HOME.





Richard Templar – ‘The Rules of Management’

Saturday, December 27, 2008

Maal Hijrah dan Tahun Baru, Azam Baru Lagi Ke?


(Syaffaa, masa shopping di SOGO baru-baru ini)






Syukur Alhamdulillah, maal Hijrah sangat hampir, begitu juga Tahun Baru 2009.

Apabila bercakap tentang kedua-dua tahun baru ini, rata-rata orang terfikir tentang AZAM. Cikgu pun begitu, kiranya ini waktu yang sesuai untuk memperbaharui azam, atau berikrar untuk menjayakan azam yang belum tercapai.

Bagaimana orang bdapat mencapai azam ya? Kerapkali, kata orang kalau tidak merancang bermaksud kita merancang untuk gagal. Apa maksud rancang? pada pandangan Cikgu, apabila merancang mesti ada target masa. Macam baru2 ini cikgu merancang pelbagai program sekolah untuk dilaksakan pada tahun 2009, bermula bukan daripada Januari, tapi daripada Disember 2008.

Misalnya, kalau kita merancang untuk berjaya didalam peperiksaan, haruslah kita ada rancang jadual belajar setiap minggu. Daripada bulan ke bulan kita hendaklah merancang apa yang harus kita fahami dan kuasai daripada seluruh topik yang dibentangkan sepanjang tahun. Tentunya kebanyakan cikgu akan menerangkan apa yang akan kita pelajari dalam sesuatu subjek sepanjang tahun pembelajaran.

Kemudian kalau kita ingin menjadi pemimpin persatuan yang berjaya, kita hendaklah merancang untuk hadir ke setiap pertemuan kelab atau persatuan yang kita anggotai. Mulai sekarang, kita dah cari apa jenis aktiviti yang akan kita cadangkan kepada guru penasihat, bagaimana kita nak buat dan sebagainya. Bukan setakat cakap sahaja dengan cikgu, tahun ini kita nak jalan2 dan sebagainya.

Pernah di sebuah sekolah di mana cikgu mengajar dahulu, cikgu dilawa untguk menjadi guru pengiring lawatan sambil belajar ke Melaka. Cikgu hanya siapkan diri sahaja. Anak2 murid cikgu sebagai AJK mengaturkan semua, termasuk surat menyurat, borang dan sebagainya. Bangga sungguh cikgu untuk mencalonkan pemimpin2 persatuan yang pandai mengelola.

Di sebuah sekolah lain pula, cikgu ditugaskan menjadi penasihat kelab catur, padahal cikgu tak pernah kenal biji catur pun. Juga anak2 murid cikgu mengatur semua, cikgu hanya menjadi penasihat dari segi hubungan murid dengan pengetua, memohon kebenaran(dalam ertikata cuma mengajukan surat permohonan yang telah disediakan oleh murid) daripada pengetua untuk menganjurkan pertandingan dan sebagainya. Ketika itu, walaupun murid kelab cikgu semuanya bangsa asing, mereka turut sediakan teks untuk cikgu beri ucapan sebelum menyampaikan hadiah kepada pemenang. Subhanallah. Sangat beruntung, cikgu menjadi cikgu kepada murid begini.

Cikgu pun akan perbaharui azam. Jom kita sama2 mencapai visi tahun ini ya!

Monday, December 8, 2008

Qurban di masjid Perling


Alhamdulillah, hari ini sekali lagi umat islam menyambut Hari Raya AidilAdha.
Cikgu tak balik kampung. Sebagaimana tahun-tahun sudah kami sekeluarga melaksanakan ibadah qurban di Masjid Perling.

Qurban tahun ini agak berbeza sikit. Tak seperti tahun2 sudah, dua orang anak bujang cikgu diterima sebagai perugas untuk menguruskan lembu yang diqurbankan. Syukur kepada Allah, walaupun Amil 12 tahun dan Fauzan 15 tahun, mereka lulus. Sepanjang malam tadi Amil doa agar tiada orang dewasa di masjid yang halau dia dari kumpulan petugas, dia betul2 nak rasa pengalaman melapah lembu Qurban. Hajat tercapai...

Dari pagi sampai selesai ibadah qurban dilangsungkan, hujan begitu lebat. Anak2 berdua basah kuyup dibuatnya. Anak2 perempuan dan cikgu cuma datang tengok bila dah nak sampai giliran lembu kami diqurbankan. 7 ekor kesemuanya.

Pukul 2.30 petang barulah semuanya siap. Amil dan Ojan balik kepenatan. Besar hati nak main komputer lagi, tapi kelopak mata dah tak boleh nak diangkat. Sekarang dah pukul 5 petang, tak sedar dikejut solat asar. Semoga Allah ampunkan mereka, mereka benar2 letih. Kejap lagi cikgu kejutkan mereka solat lagi.

Semoga Allah taala menerima qurban yang dipersembahkan. Semoga anak2 cikgu menjadi anak2 yang soleh selamanya. Amin

Wednesday, December 3, 2008

Sunday, November 16, 2008

Amil dapat 4A

Alhamdulillah, Amil atau Syamil dapat 4A. Walaupun ia bukan yang ia harapkan, cikgu tetap bersyukur. Mudah2an ada bahagian untuknya yang lebih besar di sisi Allah.

Amil anak cikgu yang ke 3. Orangnya low profile, ramai kawan cikgu tak kenal dia berbanding adik beradik yang lain. Tahun ini Amil usaha sungguh2 untuk UPSR. Kesungguhannya mengatasi orang lain dalam keluarga yang duduki PMR dan SPM. Di samping bersekolah 7 hari seminggu, AMil turut rajin mengamalkan solat malam untuk menyatakan hajatnya kepada Allah. Semoga anak cikgu ni akan jadi anak soleh selamanya.

Untuk Amil,
Perjalanan hidup masih jauh lagi. UPSR hanya satu ujian kecil, lepas ni akan ada ujian2 hidup yang lebih besar. Kalau tak dapat 5A sekarang bukan bermakna kita gagal. Ada macam2 yang Allah susunkan untuk kita tetapi kita belum fahamnya sekarang. Lagipun Ummi selalu meminta Allah memberikan yang terbaik untuk Amil, kalau dapat 5A siapalah tahu AMil akan jadi riak dan sebagainya. Sebab itu Allah tak beri, supaya Amil terpelihara dari perasaan 'Gah'.

Namun begitu, Amil tetap menjadikan Ummi seorang ibu yang bersyukur. Janji Allah memang benar, siapa usaha dia dapat. Amil dah pun dapat. Kalau tak usaha, 1A pun tak dapat. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....




About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.