Cikgu seorang guru,cikgu juga seorang ibu. Setiap hari apabila cikgu ke sekolah, cikgu bekerja bertungkus lumus untuk menyempurnakan tugasan cikgu di sekolah. Harapan cikgu, biarlah anak2 murid cikgu cukup faham dan jelas apa yang cikgu ajarkan.
Cikgu biasanya akan lewat pulang ke rumah. Walaupun dulu semasa awal memilih karier, aruah emak cikgu kata, 'Jadi cikgu senang...., kerja setengah hari dah balik'. Tapi setelah lebih 20 tahun menjadi guru, susah betul nak nampak kebenaran, bahawa kerja cikgu senang.... Hari ini jika cikgu tanya anak murid cikgu, 'Siapa di antara awak yang nak jadi cikgu? rata2 daripada 35 pelajar dalam kelas cikgu akan dapat seorang atau tiada langsung nak jadi cikgu. Sebabnya? Tanyalah mereka yang berada dalam kelas hari ini. Mereka akan kata, jadi cikgu susah!
Tapi cikgu tetap gembira ke sekolah.
Seperti yang cikgu katakan sebelum ini, cikgu berazam nak balik cepat tahun ini. Kalau tiada meeting, memang cikgu nak balik cepat. Hujung minggu pula akan jadi hari untuk cikgu tumpukan perhatian kepada diri sendiri, rumahtangga dan anak2. Betul ke?
Bolehlah, bertanam2 bunga, kemas rumah lebih sikit, lipat baju proper sikit, apa lagi ya, cuci bilik air xtra sikit, masak pun biar sedap sikit. Macam tulah kiranya.
Tapi hari lain macam mana, maksud cikgu pada hari2 cikgu bekerja. Anak2 pulak ke sekolah. Apahal rumahtangga? Ha... tentunya cikgu ada harapan kepada anak2. Seorang tolong masak nasi dan kemas dapur, seorang tolong bereskan pakaian kotor dan bersih, seorang mencuci pinggan dan mengaturnya. Seorang lagi buat apa? Takkan makan dan tidor aje?
Kalau mereka tak buat apa2 dan menonton tv aje macamana? Kalau mereka main internet aje macamana? Kalau mereka main PS2 aje macamana?
Agaknya mereka tak tahu apa nak buat kalau tak dicakapkan. Tapi kalau cakap pun mereka tak buat, tu yang cikgu bengang. Ok, jika tak tahu apa nak dibuat, ini ada senarai perkara yang perlu dibuat di rumah...
1. Sapu lantai
2. Mop dapur
3. Lipat pakaian kering
4. Jemur pakaian basah
5. Cuci pakaian kotor
6. Potong lada kering, rendam, cuci dan kisar supaya apabila cikgu balik rumah, bahan dah siap untuk digunakan semasa memasak
7. Kopek bawang2, cuci dan simpan dalam bekas kedap dalam peti sejuk. Agak2 lah jangan banyak sangat.
8. Kemas peti sejuk
9. Bersihkan semua kipas angin
10. Sapu depan rumah, susun kasut dan seumpamanya
11.Buang sampah di dapur, di bilik2 dan tandas
12. Cuci tandas dan mangkuk tandas
13. Susun barang di tandas
14. Ubah susun atur barang di ruang2 kecik, eg ruang tamu, tepi tangga dsb
15. Kemas meja makan, buang habuk di dinding, atas barang perhiasan dan bla bla bla...
Wah....dah banyak tuh...sampai tak boleh siap semuanya dalam sehari.
Kalau sebahagian kerja2 ni dapat ditolong oleh anak2, alangkah bahagianya..
cikgu,
seorang guru, seorang ibu dan adakah selamanya seorang bibik?
No comments:
Post a Comment