Pagi tadi cikgu pergi menziarahi kematian seorang saudara di sekitar Johor Bahru - Pontian. Innalillahi wa inna ilaihi raaji'uun. Semoga Allah mengampuni segala dosanya dan masukkan beliau di dalam golongan orang2 yang soleh.
Cikgu teringat2, dulu2 kematian tu terjadi di kalangan orang2 yang jauh daripada cikgu. Hari ini ia berlaku di sekitar cikgu. Dekat...sangat dekat. Memang kematian semakin hampir. Cikgu memang belum sedia.
Tapi cikgu ingin seru anak2 cikgu dan anak2 murid cikgu, sudah tiba masanya anak2 belajar menyempurnakan jenazah dan mendirikan solat jenazah. Cikgu petik bahan berikut untuk tatapan, jika tak puas dapat panduan, bolehlah ikut website di bawah. Ada caranya...agar dosa orang yang pergi diampunkan ALlah... Sebabnya, yang mengurus jenazah tadi semuanya orang tua, yang mendirikan solat juga begitu.
SEMBAHYANG JENAZAH
Fadhilat menyembahyangkan jenazah itu adalah besar sekali. Dia akan menambahkan kebaikan orang yang menyembahyangkannya serta membantu orang yang disembahyangkan. Riwayat daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Sesiapa yang menghadiri jenazah sehingga disembahyangkan, maka ia mendapat satu Qirat. Sesiapa yang menghadirinya sehingga pengkebumiannya, maka dia mendapat dua qirat." Kemudian ditanya: "Apa yang dimaksudkan dua qirat itu?" Bagi menjawab : " Seperti dua gunung yang besar." ( Riwayat Bukhari, Muslim dan lainnya)
Sabda Rasulullah SAW:
Ertinya: Tidak dari seorang Muslim yang mati ikut serta menyembahyangkannya 40 orang lelaki yang tidak syirik kepada Allah dengan sesuatu, melainkan diterima syafaat mereka ke atas si mayat." (Riwayat Muslim, Abu Daud)
SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG JENAZAH
Di antara syarat-syarat untuk mengerjakan sembahyang jenazah ialah:
Orang yang hendak menyembahyangkan jenazah mestilah sudah akil baligh, suci daripada hadas kecil dan besar , menutup aurat dan mengadap kiblat.
Tidak disyaratkan masuk waktu, terutama kalau ditakuti tubuh mayat itu rosak, maka hendaklah disegerakan sekalipun dalam waktu yang tidak baik (makruh)
Jenazah itu mestilah telah selesai dimandikan serta dikafankan.
Imam solat jenazah wajib menjelaskan rukun-rukun dan cara-cara sembahyang jenazah itu kepada para makmum kerana ditakuti ada di antara yang hadir tidak tahu atau telupa.
CARA-CARA MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH
Letakkan mayat di hadapan imam melintangi kiblat
Bagi mayat lelaki kepalanya di sebelah kiri imam dan imam pula berdiri di sebelah kepala atau dada mayat.
Bagi mayat perempuan, kepala disebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
Untuk menyembahyangkan jenazah ghaib iaitu mayat yang hilang tidak dijumpai seperti mati tenggelam di dalam laut, dihanyutkan oleh arus sungai yang besar, dimakan harimau dan sebagainya, imam dan makmum perlu menghadap ke kiblat tanpa perlu ada jenazah di hadapannya.
Seboleh-bolehnya hendaklah diadakan sebanyak 3 saf atau lebih kerana
mengharapkan keampunan Allah. Sebaik-baiknya jenazah itu disembahyangkan oleh seramai 40 orang.
Daripada hadis riwayat Malik bin Hubairah yang mengatakan bahawa Nabi SAW bersabda dengan maksud :
"Apabila ada orang muslim yang mati kemudian disembahyangkan oleh jemaah kaum muslimin (sampai Tiga saf) maka diampunilah dosanya".
(Riwayat Ahmad , Abu Daud, Ibnu Majah, Tarmizi dan Hakim)
http://portal.mpklang.gov.my/EPusara/frnUrus12(Rukun1).cfm
No comments:
Post a Comment