Thursday, January 22, 2009

"Dah Berapa Kali Saya Cakap......?"(2)

Kalau dah banyak kali cikgu bercakap tetapi tak jugak didengari, dicadangkan untuk cikgu diam sahaja. Cubalah diam, diam, diam.

Macamana pun, oleh kerana asyik banyak bercakap, diam akan memberi serba sedikit respon yang agak baik.

Mungkin tidak terbayangkan dihati anak2 yang mendengar ibu dia bising. Cuba baca petikan cerita ini, dan bayangkanlah....

***************************************************
‘Alia, bangun sayang, bangun cepat nak, hari ni tak payah pergi sekolah’, abah mengejut Alia perlahan. Tidak seperti biasa. Alia gosok mata, pelik dengan kata-kata abah. ’Kalau tak perlu pergi sekolah, mengapa abah kejut Alia pagi-pagi?’, getus hati Aliah.

’Bangun cepat sayang, jangan bising2 ya nak. Alia kena sabar, mak dah tak ada sayang...’, abah ucapkan dengan nada pilu. ’Aaa? Mak dah tak ada? Tak mungkin, baru malam tadi Alia berbual dengan emak sebelum tidor, takkan mak dah tak ada? Mak pergi mana?’, Alia memang terkejut dan gementar. ’Mak! Mak! Mak mana mak? Alia cepat bangkit,menuju bilik emak.


Alia jenguk bilik emak. Emak sedang baring. Emak tidor. Alia panggil emak. ”Mak, mak tak apa-apa kan? Emak tak menjawab.

Alia pegang emak, Alia rasa tangan emak, sejuk. Emak dah tak bergerak lagi. Alia goncang badan emak, emak tak bergerak balas pun. Alia panggil nama mak lagi. Mak tetap tak bergerak.

Emak, kenapa mak tinggalkan Alia, Alia nak mak. Alia terus menangis. Abah pujuk Alia, abah suruh Alia sabar. Tapi hati Alia dah tak boleh tahan lagi. Alia raung nama mak, Alia menangis tak henti. ‘Abah, kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa abah, kenapa mak tinggalkan Alia, Alia nak mak..............!!!!!’.

Kenapa mak tak jumpa Alia sebelum mak pergi, mengapa abah tak kejut ALia dari tadi, masa mak masih ada? Mengapa mak tak ucapkan selamat tinggal? Siapa nak usap kepala Alia lagi sebelum Alia pergi sekolah. Siapa nak doa dan hembus ubun2 Alia tiap pagi? Siapa? Siapa bah, siapa nak sayang Alia macam mak sayang?



********************************************************
Bayangkanlah....

4 comments:

Anonymous said...

huhuu....
Chedihh...
waaaaaaaaaaa!!
ngeeee~~
emm...
mmm..
ape nk tulis ehk?
lupe2..

********
******** berpikir seketika..


haaa!!
1 jerkk..
menyedikan...

nk agi smbugn nye..
utk mnmbh kesedihan..

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!

akuizan said...

erti sebuah kehibaan~

*dY WaNie* said...

Perghhh menyayat hati sy baca..huhu
nak ikot gaks arrr adeq syafaaaa nangisss....

waaaaaawawaaaaaaaaaaaaaaaa

nak lagi nangis ...hehheheh

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

kui2..
PEACE ^ CIKGU..kui2x

sarah said...

erti sebuah kasih sayang yang tak ternilai...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.