Monday, December 8, 2008

Qurban di masjid Perling


Alhamdulillah, hari ini sekali lagi umat islam menyambut Hari Raya AidilAdha.
Cikgu tak balik kampung. Sebagaimana tahun-tahun sudah kami sekeluarga melaksanakan ibadah qurban di Masjid Perling.

Qurban tahun ini agak berbeza sikit. Tak seperti tahun2 sudah, dua orang anak bujang cikgu diterima sebagai perugas untuk menguruskan lembu yang diqurbankan. Syukur kepada Allah, walaupun Amil 12 tahun dan Fauzan 15 tahun, mereka lulus. Sepanjang malam tadi Amil doa agar tiada orang dewasa di masjid yang halau dia dari kumpulan petugas, dia betul2 nak rasa pengalaman melapah lembu Qurban. Hajat tercapai...

Dari pagi sampai selesai ibadah qurban dilangsungkan, hujan begitu lebat. Anak2 berdua basah kuyup dibuatnya. Anak2 perempuan dan cikgu cuma datang tengok bila dah nak sampai giliran lembu kami diqurbankan. 7 ekor kesemuanya.

Pukul 2.30 petang barulah semuanya siap. Amil dan Ojan balik kepenatan. Besar hati nak main komputer lagi, tapi kelopak mata dah tak boleh nak diangkat. Sekarang dah pukul 5 petang, tak sedar dikejut solat asar. Semoga Allah ampunkan mereka, mereka benar2 letih. Kejap lagi cikgu kejutkan mereka solat lagi.

Semoga Allah taala menerima qurban yang dipersembahkan. Semoga anak2 cikgu menjadi anak2 yang soleh selamanya. Amin

No comments:

Demi Matahari

Loading...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.