Sebab tu cikgu rasa, nak jadi cikgu kena bulatkan tekad betul2, biar matlamat jelas kerana Allah semata2. Sebab kalau mengharap ganjaran, pujian dan gaji semata2, rasa macam nak lunyai cikgu derita. Tapi mengenangkan anak2 bangsa, yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan, yang akan memelihara keharmonian alam, yang akan meneruskan zuriat patuh dan taat kepada pencipta, yang akan memastikan redha Allah milik kita semua, cikgu teruskan perjuangan ini. Barulah nampak muka anak murid tu timbul rasa kesian, rasa sayang, rasa macam nak manja2kan budak2 tu. I love them, I love them all.

No comments:
Post a Comment