Sunday, November 16, 2008

Amil dapat 4A

Alhamdulillah, Amil atau Syamil dapat 4A. Walaupun ia bukan yang ia harapkan, cikgu tetap bersyukur. Mudah2an ada bahagian untuknya yang lebih besar di sisi Allah.

Amil anak cikgu yang ke 3. Orangnya low profile, ramai kawan cikgu tak kenal dia berbanding adik beradik yang lain. Tahun ini Amil usaha sungguh2 untuk UPSR. Kesungguhannya mengatasi orang lain dalam keluarga yang duduki PMR dan SPM. Di samping bersekolah 7 hari seminggu, AMil turut rajin mengamalkan solat malam untuk menyatakan hajatnya kepada Allah. Semoga anak cikgu ni akan jadi anak soleh selamanya.

Untuk Amil,
Perjalanan hidup masih jauh lagi. UPSR hanya satu ujian kecil, lepas ni akan ada ujian2 hidup yang lebih besar. Kalau tak dapat 5A sekarang bukan bermakna kita gagal. Ada macam2 yang Allah susunkan untuk kita tetapi kita belum fahamnya sekarang. Lagipun Ummi selalu meminta Allah memberikan yang terbaik untuk Amil, kalau dapat 5A siapalah tahu AMil akan jadi riak dan sebagainya. Sebab itu Allah tak beri, supaya Amil terpelihara dari perasaan 'Gah'.

Namun begitu, Amil tetap menjadikan Ummi seorang ibu yang bersyukur. Janji Allah memang benar, siapa usaha dia dapat. Amil dah pun dapat. Kalau tak usaha, 1A pun tak dapat. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....




No comments:

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.