Sunday, February 8, 2009

Ziarah

Sesekali kalau rumah didatangi orang terasa sungguh meriahnya. Hari ini rumah cikgu dikunjungi ramai tetamu. Tengah hari tadi ayah saudara (sepupu aruah mak) cikgu datang. Anak2 cikgu panggil dia 'Tok Rugged'. Orangnya, simple dan santai, kemana-mana hanya dengan berjalan kaki dan menaiki bas. Macam2 petua dia beri anak2.

Sebelum azan asar dia dah balik, berjalan kaki untuk naik bas agaknya. Mudah2an waktu azan tadi dia dah sampai masjid Perling dan solat di sana.

Beberapa minit lepas tu datang pula adik beradik cikgu. 3 keluarga, Mak Busu dari BP, Mak Alang dari Sagil, Muar dan Mak Andak dari Segamat. Cikgu goreng nugged ayam Ramli, goreng dua biji pisang tanduk dan juga keropok Mersing. Seronok sungguh riuh rendah rumah dengan pelbagai cerita dan berita.

Seperti yang dinyatakan dalam buku Zabrina A. Bakar, Life is an Open Secret (The Story of the Two Brothers), 'Families are like fudge -mostly sweet with a few nuts'. Siapa belum beli buku ni, beli lah. Best. Antara hadith yang dikeluarkan, riwayat al Bukhari, " Al - Wasil (one who maintains good relation with his kinship) is not the one who recompenses the good done to him by his relatives, but Al Wasil is the one who keeps good relations with those relatives who have severed the bond of kinship with him"

Jomlah, berziarah dan menjalinkan hubungan baik sesama adik beradik. Terkenang cikgu zaman kecik2 dulu, dia orang lah kawan cikgu bermain 'ram rip', 'belon lacah' dan 'ting-ting'. Ada hari kami baik, ada hari bergaduh. macam tu lah ramuan hidup adik beradik di adun dengan gaduh2 kecik dan kasih sayang yang berpanjangan. Terima kasih Allah kerana kurniai cikgu dengan keluarga yang besar.

No comments:

Demi Matahari

Loading...

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.