Monday, December 17, 2007

Haji itu Arafah!

Salam semua,
Hari ini selepas waktu zuhur tadi, semua jemaah haji bertolak ke Arafah untuk menunaikan fardhu Haji. Bila teringat penngalaman manis, naik bas ramai2, sungguh meriah perjalanan ke Arafah. Sesuatu yang dirindui dan tak tahu bila lagi mungkin dapat cikgu nikmati pengalaman manis seperti itu lagi.

Gambaran Mekah yang sibuk, manusia tidak mengira bangsa dan negara asalnya, asal sahaja menyembah Allah swt yang Esa, di satukan di padang luas, bersekali. Masing2 mengharapkan maghfirah dari Allah. Teringat lagi, kami beramai2 mengheret beg roda di atas pasir Arafah. Allahyarhamah Wak Yah yang menaiki kerusi roda ditolak ke kemahnya penuh kesabaran. Di sana kami sungguh berhati2 agar tidak melanggar peraturan2 yang ditetapkan. Hati2 menjaga aurat jangan sampai dilihat lelaki bukan mahram.

"Ya Allah! Ampuni lah dosa kami, kalau kami berbuat salah sesudah kami bertaubat di sana. Lapangkanlah rezeki kami agar kami dapat menunaikan haji sekali lagi, haji mabrur! Sahabat2 ku yang telah pun tiba di sana, semoaga Allah menerima amal kita bersama".

Salam......

No comments:

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.