Saturday, December 29, 2007

Semoga ALlah permudahkan emak

Hari ini cikgu pergi kerja, tinggalkan mak malam tadi kerana kena kerja pagi ni. Esok patutnya kena kerja lagi. Tapi malam ni, adikcikgu beritahu, emak mertua cikgu dah takde respond lagi pada panggilan. Tak gerak langsung. Semoga Allah selamatkan emak. Cikgu masih ingat waktu cikgu sakit dulu, masa tu anak cikgu baru seorang. Suami pulak sambung belajar di Selangor. Emak mertua cikgu yang bela cikgu. Masakkan bubur nasi, suapkan. Sapukan minyak dan macam2 lagi. Tiap kali cikgu bersalin pun, emak ni jugak lah yang sampai ke hospital dulu walaupun dia hanya tahu naik bas aja. Cikgu sangat sayangkan dia, mak kandung cikgu sendiri dah takde lagi di dunia. Tinggal emak yang ni saja.....


No comments:

About Me

My photo
I'm a chemistry & math teacher at SMK Sdary, Jb. A mother to 2 sweet daughters and 2 sons. They make my life colourful.